Tan Sri Dato' Azman Hashim merupakan nama yang cukup sinonim dengan salah sebuah bank di negara kita iaitu Ambank. Berstatus sebagai seorang billionaire, beliau adalah salah seorang anak Melayu yang berjaya menempatkan diri mereka dalam kalangan senarai paling kaya di Malaysia.

Apabila ditanya apa rahsia beliau, beliau menjawab teknik beliau adalah pelaburan. Bukan pelaburan wang, tetapi pelaburan logam bernilai seperti emas dan perak. Bagaimana kisah hidup beliau sehingga berjaya menjadi salah seorang anak Melayu paling berjaya? Mari kita rungkaikan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Tan Sri Dato' Azman dilahirkan pada bulan Julai 1939 di Kampung Baru, Kuala Lumpur.Ayahnya, Encik Hashim berkhidmat sebagai juruteknik sementara ibunya, Zabedah Shahid pemenang anugerah ibu miithali peringkat nasional bagi tahun1988, bertugas sebagai guru dan mempunyai 13 orang adik beradik, Tan Sri adalah anak ketiga.

Beliau mendapat pendidikan awal di Malay's Boys School, Setapak dan meneruskan pendidikan di Sekolah Methodist Boy's School di Sentul. Beliau menamatkan persekolahan dengan kelulusan Senior Cambridge pada usia 15 tahun sekitar tahun 1954. Kemudian terpilih sebagai salah seorang pemegang biasiswa Yayasan Colombo yang membolehkan beliau menyambung pendidikan di Australia dalam bidang perakaunan, walaupun pilihan utamanya adalah untuk menyambung pengajian dalam bidang perubatan.

iluminasi azman hashim melayu malay entrepreneur usahawan berjaya

Ts Dato' Azman ditawarkan peluang untuk berkhidmat dengan sebuah firma bernama Messrs O L Haines & Co. (Chartered Accountants) di Perth, sehingga tahun 1960. Tamat pengajian, beliau mula menabur bakti bersama Bank Negara Malaysia sehingga bulan Mei 1964 dan beliau mengambil keputusan untuk berkahwin dengan YM Tunku Arishah Tunku Maamor.pada 3 Mac 1963 Bosan dengan pekerjaan di BNM, beliau engambil keputusan untuk memulakan firma perakaunannya sendiri dengan rakan kongsi lalu tertubuhnya Azman & Co yang kemudiannya menjadi Azman Wong Salleh & Co (Chartered Accountants).

Ketika masih di firma perakaunan beliau, Malayan Banking Berhad melantik Tan Sri sebagai Pengarah semenjak tahun 1966 dan seterusnya, beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan firmanya dan menyertai Malayan Banking Berhad sebagai Pengarah Eksekutif Ketika beliau menyertai Malayan Banking sepenuh masa, Malayan Banking sedang menghadapi masalah yang memerlukan kepakaran beliau lalu beliau bersetuju untuk meredakan ribut yang melanda Malayan Banking dengan menjual semua sahamnya dalam firma perakaunannya dan mengambil potongan gaji sebanyak 50 peratus.

Ketika di Malayan Banking, beliau berjaya menjadi Malayan Banking sebagai bank terbesar di Asia Tenggara, memperkenalkan sistem pengurusan perbankan berkomputer dan seterusnya menjadi batu asas kepada Maybank yang kita dapat lihat sekarang ini. Selama 10 tahun berkhidmat untuk Malayan Banking membuatkan Tan Sir Dato' Azman memerlukan cabaran baru. Kepakarannya mengemudi kembali Malayan Banking menjadi gergasi perbankan mendorong Kwong Yik Bank Berhad untuk mengambil beliau di bawah bumbung mereka sehingga tahun 1982.

Tahun 1982 menjadi tahun bertuah buat Tan Sri Azman apabila beliau mula berjinak-jinak dengan dunia korporat dan pasaran saham. Beliau memulakan langkah dengan membeli 40% kepentingan sebuah syarikat bernama Taiping Textiles yang dijenamakan menjadi Arab Malaysian Development Berhad atau AMDB dan seterusnya menjadi pemilik kepada Arab-Malaysia Development Bank Berhad yang dinamakan sebagai Arab Malaysian Merchant Bank (AMMB).

"Taiping Textiles akan sentiasa kekal dalam kenangan saya," kata Tan Sri. "Itulah pendedahan awal saya dalam dunia korporat."

iluminasi azman hashim melayu malay entrepreneur usahawan berjaya5

Bermula tahun 1985, tragedi datang bertimpa-timpa pada beliau. Beliau menghadapi krisis kewangan buat kali pertama apabila berlakunya kejatuhan nilai hartanah yang teruk menyebabkkan kerugian yang besar berjumlah sekitar 400 juta terpaksa ditanggung. Untuk membantu mengawal kerugian, beliau terpaksa menurunkan kadar sewa premis di bangunan ibu pejabat Arab-Malaysian yang terletak di Kuala Lumpur. Penawaran harga 1.50 satu kaki sewa sebulan berbanding harga biasa 5 ringgit sebulan membantu pengurangan kerugian. Beliau juga memperkenalkan insentif percuma sewa 3 bulan untuk penyewa membuatkan kawalan ke atas nilai kerugian mengalami kesan positif.

Berkat kerja keras beliau, Tan Sri Dato' Azman terpilih sebagai Tokoh Bank Terbaik Asia oleh majalah Asian Finance pada tahun 1986 tetapi nasib tidak baik dan malang tidak berbau, beliau mengalami kemalangan jalan raya yang dahsyat pada tahun 1989. Walaupun begitu kerana kecekalan dan semangat beliau, beliau masih tetap meneruskan kerjanya dari hospital pada ketika itu. Beliau seterusnya terpilih sebagai pemenang anugerah Ahli Perniagaan Terbaik Asean 1993.

Krisis lebih besar melanda beliau adalah krisis ekonomi 1997 yang membuatkan banyak bank terpaksa gulung tikar atau digabungkan dengan bank-bank lain. "Kami sedang ditimpa masalah, bank kami memang mencatatkan keuntungan tetapi keuntungan itu akan berkurangan," kata beliau pada ketika krisis itu berlaku.

Dengan merosotnya nilai pasaran hartanah dan kenaikan hutang yang terpaksa ditanggung, AMMB hampir menjadi anak syarikat Affin Holding Group atas dasar penggabungan bank yang dilaksanakan oleh Bank Negara Malaysia pada ketika itu untuk menangani krisis. Menggunakan kepakaran yang ada serta jaminan yang beliau akan berjaya mengemudi AmBank melalui krisis tersebut, AMMB dilantik oleh Bank Negara sebagai salah satu bank induk yang akan menjadi pemangkin kepada proses menangani krisis yang sedang dihadapi. Sebagai salah sebuah bank induk, AMMB bukan saja berjaya mengharungi krisis malah berjaya melebarkan penguasaan dengan menjadikan MBF FInance Berhad anak syarikat kepada kumpulan perbankan AmBank.

iluminasi azman hashim melayu malay entrepreneur usahawan berjaya4

Terkenal dengan jolokan Singing Banker, belia memilih hobi untuk berehat dengan menyanyi dan juga gemar meluangkan masa bermain golf, menunggang kuda, memandu bot, kereta berkuasa tinggi dan juga sukakan aktiviti selaman skuba. Beliau yang disenaraikan oleh majalah Forbes sebagai lelaki ke 11 terkaya di Malaysia gemarkan lagu daripada Michael Buble, Celine Dion dan Elton John selain lagu-lagu klasik era dia membesar.

Pada 25 Januari 2017, Tan Sri Dato' Azman Hashim, yang kini berumur 78 tahun mengumumkan yang dalam tempoh 2 tahun, beliau akan melaksanakan pelan persaraan untuk kesemua jawatan yang disandang selama ini melibatkan AMMB Holdings Bhd tetapi akan tetap bertindak sebagai Pengerusi dan pemegang saham bagi AMMB Holdings Bhd.

iluminasi azman hashim melayu malay entrepreneur usahawan berjaya2

Apabil melihat semua kariernya sebagai salah seorang tokoh korporat paling berpengaruh di Malaysia, Tan Sri Azman berkata yang semuanya itu bukan berlaku dengan kebetulan, semuanya dah dia rancang dengan bantuan Ilahi.

"Pada ketika saya bermula dengan Bank Negara, saya sebenarnya mempunyai tawaran lain dengan sebuah syarikat bernama CDC, syarikat luar yang terlibat dalam perladangan," kata beliau. "Bagaimana pun, pada era itu, 1960-an, untuk seorang anak muda Melayu, lebih baik kita cuba untuk mendapatkan kerja dalam sektor awam terlebih dahulu. Kalau tak berjaya, baru cuba sektor swasta."

"Ayah saya kata Bank Negara adalah pilihan yang baik," sambung beliau.

Selepas hampir 60 tahun terlibat dalam industri perbankan dan 35 tahun membangunkan AmBank menjadi gergasi perbankan di Malaysia, jelas sekali pilihan yang dibuat adalah pilihan yang tepat sekali.




Hakcipta iluminasi.com (2017)