Oleh pada 10 Aug 2017 kategori

Kredit foto: rojakdaily.com & Instagram Joy Revfa

Sejak diijabkabul pada 1 Mei lalu, pelbagai kontroversi tercetus berkaitan rumah tangga penyanyi Hafiz Hamidun. Malah kebelakangan ini ada khabar yang mengatakan perkahwinan mereka sudah berada di hujung tanduk.

Menguatkan lagi dakwaan, kenyataan terbaru isteri Hafiz, Joy Revfa seperti mengiyakan berita tersebut.

saya mahukan keluarga bahagia tetapi apakan daya joy revfa jawab isu perkahwinan bergolak dengan hafiz hamidun 2

Kredit foto: Instagram Joy Revfa

Saya tidak mahu komen panjang. Ramai yang sudah tanya (berkenaan masalah rumah tangga). Kalau nak cakap mengenai bahagia, semua orang inginkan kebahagiaan. Cuma kerjaya masing-masing membuatkan kami terlalu sibuk. Saya mahukan keluarga bahagia, tetapi apakan daya.

Sumber: BH Online

Sebelum ini, Joy menerusi kiriman Instagramnya memuat naik video lagu Despacito dalam versi Bahasa Melayu yang mana turut memuatkan lirik berbunyi, “Ku keliru, jujur aku katakan aku keliru, sejak pertama kali kita bertemu, ku fikir ku tahu apa yang ku mahu.” Joy dalam kapsyennya pula menyatakan, "Bersabar dari terburu-buru dan terus keliru."

saya mahukan keluarga bahagia tetapi apakan daya joy revfa jawab isu perkahwinan bergolak dengan hafiz hamidun 3

Kredit foto: Instagram Joy Revfa

Dalam pada itu, Hafiz ketika diminta mengulas tentang isu berkenaan meminta agar pihak media bersabar untuk kenyataan susulan yang akan diberikan.

Kalau nak komen lebih lanjut, nanti dulu. Buat masa sekarang jangan terlalu cepat buat andaian.

Sumber: Harian Metro




Hakcipta iluminasi.com (2017)