Oleh pada 17 Jul 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Nur Sajat 

Nama jutawan kosmetik, Nursajat sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi.

Semuanya gara-gara kontroversi yang sering ditimbulkannya termasuklah status jantinanya yang masih menjadi tanda tanya.

Dan yang terkini, Sajat sekali lagi menjadi buah mulut ramai kerana sebuah video yang dimuat naiknya di laman Instagram.

Dalam video pendek tersebut, Sajat memaparkan dirinya yang sedang menyandarkan kepala di bahu seorang lelaki misteri.

Wajah lelaki tersebut tidak ditayangkan, namun apa yang menarik perhatian ramai adalah ungkapan yang ditulis Sajat dalam video berkenaan iaitu "Hello Papa."

Baru sahaja dimuat naik 2 hari lalu, sehingga kini video tersebut telahpun menerima lebih 300,000 tontonan.

Menurut sumber, jejaka itu adalah seorang jurulatih bina badan.

Sejauh mana kebenarannya tidak pula kami ketahui. Anda saksikan sendiri video berkenaan. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)