Oleh pada 13 Apr 2017 kategori

Kredit foto: astroawani.com

Masalah rumahtangga dan artis tempatan memang berpisah tiada sehingga ada yang membawa kepada perceraian.

Selepas jutawan kosmetik, Dato' Vida, perkahwinan dua lagi selebriti terkenal iaitu Serina Redzuawan dan Elyana dikhabarkan sedang berada di hujung tanduk.

Pada awal tahun ini, rumahtangga anak kepada chef no.1 Malaysia, Serina Redzuawan dikatakan berantakan 

Menafikan ianya disebabkan pihak ketiga, Serina masih dalam proses menyelesaikan krisis rumahtangganya itu dengan cara yang terbaik

Dalam proses maknanya belum lagi bercerai. Kami masih lagi dalam proses perbincangan dan belum naik mahkamah sebab kita nak berkahwin satu perkara yang baik mendirikan masjid, jadi bila kita nak berpisah tu apa pun kena berfikir dan berbincang betul-betul.


Dalam perkahwinan ini juga tidak ada yang nak bersatu kemudiannya bercerai. Justeru doakanlah yang terbaik agar masalah ini dapat diselesaikan, insya-Allah. Pastinya tiada kena mengena dengan orang ketiga.

Sumber: Media Hiburan

Serina telah bernikah dengan Salahudin Ghafar atau Gavin Edward pada tahun 2010 dan mereka mempunyai dua orang anak yang comel iaitu Tristan Tareef dan Isabella Saffiya.

elyana jawab isu rumahtangga retak

Kredit foto: Sinar Harian

Lain pula ceritanya dengan penyanyi terkenal, Elyana yang dikaitkand dengan isu sama sejak sering meluahkan perasaan menerusi media sosial sejak akhir-akhir ini.

Bagaimanapun, Elyana menafikannya kerana setiap luahannya itu hanyalah bertujuan untuk berkongsi perasaan dan emosinya kepada peminat.

Saya berbintang Cancer dan boleh berubah emosi dalam sekelip mata walaupun ada kala isunya tidaklah sebesar mana. Oleh itu, janganlah ada yang salah faham dan mengaitkan perkara itu dengan perihal rumah tangga pula. Jika diikutkan, sejak dulu lagi saya jarang memuat naik gambar bersama keluarga, terutamanya suami.


Perkongsian saya di laman sosial kebanyakannya membabitkan perkembangan diri saya saja, cuma sesekali ada diselitkan keluarga. Tidak kisah apa yang ingin diperkatakan oleh orang ramai kerana saya tidak ambil pusing mengenainya. Apa yang penting, saya sentiasa menjadi diri sendiri.

Sumber: Berita Harian




Hakcipta iluminasi.com (2017)