Kredit foto: Instagram Nabila Razali 

Penyanyi Nabila Razali yang semakin dikenali ramai menerusi drama bersiri Hikayat Cinta Si Pematah Hati mengakui dirinya berlapang dada dalam menerima segala kritikan.

Masih baru dalam dunia lakonan, Nabila bersifat positif untuk memperbaiki mutu lakonannya dari semasa ke semasa. 

respon nabila razali lakonan dikritik 2

Kredit foto: Instagram Nabila Razali

Walau apa jenis kritikan sama ada buruk atau baik, saya akan mendengar dan mengambilnya. Kalau mereka memberi respon positif, perkara tersebut membuatkan saya lebih bersemangat untuk bekerja. Jika mereka memberikan kritikan negatif dan tidak membina, saya akan turut berlapang dada menerimanya. Saya menjadikan semuanya sebagai motivasi. Saya tidak mudah mengaku kalah dan percaya akan usaha keras selalu membuahkan hasil.

Sumber: Astro Gempak

Menyentuh perkembangan karier nyanyiannya pula, Nabila bakal muncul dengan single terbaru hasil ciptaan Ezra Kong dan Hael Hussaini. 

respon nabila razali lakonan dikritik 3

Kredit foto: Instagram Nabila Razali

Lagu tersebut merupakan kesinambungan terhadap lagu Cemburu. Penciptanya juga merupakan orang yang sama. Berjudul Pematah Hati, lagu tersebut akan menemui peminat tidak lama lagi.

Sumber: Astro Gempak 

Nabila membuat kenyataan tersebut di Majlis Pelancaran Aplikasi Metro TV, Selasa lalu.

Hikayat Cinta Si Pematah Hati turut membariskan pelakon-pelakon ternama lain, antaranya Alif Satar, Hafreez Adam, Yaya Zahir dan Nadiyah Shahab. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)