Pelakon Enot tampil dengan penampilan terkini yang mengejutkan ramai.

Sebelum ini Enot dikenali dengan fizikal badan yang besar, namun kini pelakon itu telah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 29 kilogram. 

ramai terkejut lihat penampilan enot yang sudah kurus 2

Pun begitu, Enot melahirkan rasa terkilan dengan sesetengah pihak yang mendakwa penurunan beratnya disebabkan penyakit yang dialami sejak dua tahun lalu.

Enot meminta mereka berhenti membangkitkan kisah silam kerana dia ingin memulakan kehidupan baru.

ramai terkejut lihat penampilan enot yang sudah kurus 3

Sekali lagi saya nak tekankan di sini yang saya dah sihat. Saya sakit dua tahun lepas. Alhamdulilah saya dah sembuh sepenuhnya, jadi janganlah cakap saya kurus kerana penyakit dahulu. Itu seolah-olah mendoakan untuk saya sakit kembali. Alhamdulillah fasa itu sudah berakhir dan biarlah saya dan Allah sahaja yang tahu. Sekarang saya mahu bangkit balik demi anak-anak saya. Cuma mereka ada dalam hidup saya jadi sokonglah saya untuk kembali ceria seperti dahulu.

Menerusi reaksi balas netizen, rata-rata mengagumi semangat Enot dan berazam menjadikannya sebagai inspirasi untuk tampil kurus. 

ramai terkejut lihat penampilan enot yang sudah kurus 4

ramai terkejut lihat penampilan enot yang sudah kurus 5

ramai terkejut lihat penampilan enot yang sudah kurus 6

ramai terkejut lihat penampilan enot yang sudah kurus 7

Kredit foto: Instagram Enot 




Hakcipta iluminasi.com (2017)