Oleh pada 27 Feb 2017 kategori

Sekiranya anda pernah menaiki kapal terbang, mesti anda biasa dengar pelbagai jenis arahan pramugari yang kadang-kadang anda rasa macam "Elehhh, tu pun nak kecoh. Perlu ke?" Pernahkah anda terfikir apa sebab pramugari memberikan arahan seperti matikan semua alat elektronik, naikkan tingkap, tutup dulang makanan, tegakkan kerusi dan macam-macam lagi?

jadilah penumpang berhemah sebelum ini terjadi kepada anda


Anda mungkin rasa benda tu remeh, tapi sebenarnya ada penjelasan di sebalik setiap peraturan. Jangan ingat mereka saja-saja nak menyusahkan hidup anda. Baca sampai habis kalau anda mahu penerbangan anda selamat!


#1 Sila matikan semua telefon bimbit dan alat elektronik atau tukar kepada tetapan "Airplane Mode."

Setakat ini syukur Alhamdulillah masih belum ada rekod kapal terbang yang terhempas disebabkan telefon bimbit ataupun komputer riba. Namun, sebelum sesuatu yang buruk terjadi, baiklah ambil langkah berjaga-jaga, kan? Takkan nak tunggu kapal terbang betul-betul terhempas baru anda nak takut?

matikan telefon atau alat elektronik semasa dalam kapal terbang

Lagipun pada tahun 2013, satu eksperimen telah dibuat oleh seorang jurutera bernama Kenny Kirchoff di Makmal Gangguan Elektromagnetik Boeing yang berpangkalan di Seattle, Amerika Syarikat. Ujikaji itu telah membuktikan bahawa isyarat alat elektronik boleh mengganggu radio VFR sesebuah pesawat.

Gangguan isyarat ini tidaklah sampai membuatkan kapal terbang terhempas. Namun, ia mengganggu konsentrasi juruterbang ketika berlepas dan mendarat kerana frekuensi radio yang mungkin berubah-ubah. 

Jadi, kalau anda nak terbang dan mendarat dengan selamat, janganlah degil. Dengar cakap pramugari dan matikan telefon anda.


#2 Tegakkan kerusi, tutup dulang hidangan dan naikkan bidai tingkap.

Kebiasaannya, pramugari akan memberi arahan untuk menegakkan kerusi, menutup dulang makanan di hadapan anda dan menaikkan bidai tingkap sebelum kapal terbang mendarat. Kenapalaaa diorang sibuk-sibuk suruh buat macam tu kan? Bukannya kacau hidup diorang pun.

Betul ke tak kacau?

tegakkan kerusi dan naikkan bidai tingkap sebelum mendarat

Adakah anda tahu, polisi keselamatan kapal terbang memerlukan kru kabin mengosongkan kapal terbang dalam masa 90 saat ketika kecemasan? 90 SAAT tau, bukan 90 minit. Kalau naik pesawat jenis A380, jumlah penumpang semua adalah 538 orang. Anda rasa boleh ke diorang selamatkan semua penumpang ni kalau ada penumpang DEGIL MACAM ANDA yang taknak tegakkan kerusi dan biar dulang terbuka sehingga menghalang laluan orang?

Kalau anda keras kepala taknak naikkan bidai tingkap, agak-agak semua pramugari ni boleh nampak ke keadaan di luar dan pilih dengan pantas nak selamatkan anda guna pintu kecemasan yang mana?

Jadi, ikut je lah arahan pramugari tu. Untuk keselamatan semua orang juga, bukan saja-saja nak menyusahkan hidup anda pun. Nanti kalau diorang tak peduli nyawa anda, biar je anda terbako sorang-sorang dalam kapal terbang, baru nak menyesal. 


#3 Kapten sudah menyalakan lampu isyarat "Pasangkan Tali Keledar". Sila kembali ke tempat duduk anda dan ketatkan tali pinggang keselamatan.

Peraturan yang ini membuktikan punya la ramai manusia degil. Kalau dah diberi arahan begini semasa penerbangan, tolonglah, ikut aje lah. Untuk keselamatan anda juga.

pakai tali pinggang kalau disuruh

Anda tahu tak situasi turbulence (angin bergelora) yang kuat boleh menyebabkan anda 'terlompat tinggi' dan terhantuk di siling kapal terbang sebelum jatuh ke tempat duduk anda?

Teringin ke nak rasa patah riuk segala tulang? Daripada niat asal nak jalan-jalan makan angin, tak pasal-pasal kena masuk hospital.



#4 Sila duduk di tempat anda sehingga kapal terbang berhenti bergerak dan lampu isyarat "Pasangkan Tali Keledar" dipadamkan.

gelojoh nak keluar masing masing

Yang ni pun sama, ramai betul yang degil. Kalau anda perhatikan, bila kapal terbang tu dah mendarat (tapi masih bergerak perlahan menuju ke terminal) tiba-tiba ramai penumpang terus bangun dan buka ruangan simpanan di atas. Semua nak ambil beg masing-masing dengan perangai gelojoh.

Katakanlah kapal terbang tu bergerak pada kelajuan 80 batu nautika (148km/j) semasa di atas landasan terbang. Sekiranya juruterbang perlu menekan brek, anda beserta dengan beg-beg dalam overhead compartment tu mungkin akan jatuh menghempap orang lain. Kalau berlaku kecederaan, siapa nak tanggung?

Memang anda rasa macam kapal terbang tu bergerak perlahan. Tapi anda perlu faham hukum fizik di mana ia adalah sebuah kenderaan yang sangat besar dan mempunyai berat muatan lebih kurang 300 tan. Anda bayangkanlah inersia yang akan terhasil kalau tiba-tiba perlu brek mengejut walaupun pada kelajuan 60km/j.

Kalau bas atau kereta brek mengejut pun anda dah huru-hara terhoyong-hayang. Bayangkan jika kapal terbang brek mengejut? Ada sistem ABS ke kat tempat duduk anda tu?


Lagipun....kalau jadi apa-apa pada anda, anda rasa syarikat penerbangan tu nak layan ke segala cerita viral, saman atau tuntutan anda? Padahal anda sendiri yang degil taknak ikut arahan. Siapa punya salah?

Jadi, ikutlah peraturan dan dengar pesanan kru anak kapal. Biar selamat daripada menyesal seumur hidup!


tags : , , , , , , , , ,









/ / /
Hakcipta iluminasi.com (2017)