Oleh pada 19 Aug 2017 kategori

Kredit foto: BH Online & Youtube AbdulRahman Suud

Pelakon Fattah Amin akui tidak beremosi selepas membaca kritikan yang dilontarkan pelakon senior Que Haidar.

Menurut Fattah, dia bersifat terbuka dalam menerima komen untuk membaiki mutu lakonannya sebagai aktor.

Malah Fattah tidak menganggap Que menujukan pandangan tersebut terhadapnya kerana tiada nama disebutkan dalam kenyataan berkenaan.

que haidar mengamuk ini jawapan balas fattah amin 2

Kredit foto: Instagram Fattah Amin

Bagi saya setiap selebriti dan peminat berhak untuk menyuarakan pendapat mereka masing-masing. Mungkin peminat menyangka teguran yang diberikan oleh artis tersebut ditujukan kepada saya. Dalam komen tersebut, artis itu tidak menyebut nama mana-mana selebriti mungkin perkara itu boleh ditujukan kepada sesiapa sahaja jadi kenapa saya perlu terasa. Tapi sebagai artis baharu saya bersedia untuk menerima segala pandangan dan teguran daripada orang ramai supaya dengan itu dapat memperbaiki kelemahan yang ada pada diri saya.

Sumber: Astro Gempak

Fattah membuat kenyataan tersebut di majlis pelancaran aplikasi Gempak di The Bee, Publika, pada Khamis lalu.

Terdahulu, Que dalam kenyataan terbukanya menghentam pelakon-pelakon muda yang memberikan kualiti lakonan setaraf "kayu" dan hanya mempertaruhkan rupa paras serta populariti. Aktor itu berang kerana mereka tidak mengambil inisiatif untuk membaiki mutu lakonan. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)