Oleh pada 13 Aug 2017 kategori

Kredit foto: Astro Gempak

Antara isu yang menjadi perdebatan hangat dalam industri hiburan kebelakangan ini adalah kemunculan pelakon-pelakon baru yang hanya berbekalkan rupa paras dan populariti.

Pihak stesen televisyen dan pengarah dilihat bersifat pilih kasih dengan hanya memberi peluang kepada pelakon-pelakon "kayu" ini untuk membintangi drama dan filem hanya kerana mereka mempunyai pengaruh yang kuat di media sosial.

Pelakon senior, Que Haidar tampil meluahkan perasaan kurang senang dengan budaya tidak sihat yang semakin menular dalam industri seni.

Ini luahan Que yang dimuatkannya dalam group Facebook, Movie Addict.

que haidar meluat dengan pelakon kayu 2

Kredit foto: tontonextra.com.my

Bengkel-bengkel lakonan anjuran Finas, kelolaan Puan Fatimah Abu Bakar, Ibu Fauziah Nawi, Elly Suriati Omar, Zul Huzaimi.. muka-muka pelakon baru yang kononnya kacak dan cantik-cantik belaka tapi kerja macam haram langsung tak nampak. Yang saya nampak pelakon-pelakon yang memang dah ada asas lakonan dalam teater yang hadir. Kalau saya, nak cadangkan ke Persatuan Seniman supaya buat mesyuarat dan senaraikan semua pelakon baru yang kayu supaya wajib menghadirkan diri ke kelas lakonan anjuran Finas. Dari kelas asas lakonan hingga ke kelas advance dalam masa setahun. Jika tidak hadir atau kehadiran tidak lengkap, mereka ini tidak dibenarkan masuk penggambaran supaya ada sedikit garis panduan untuk stesen tv, produser dan pengarah yang sekarang ni kemaruk sangat dengan hanya memandang pada jumlah pengikut Instagram dan rupa paras. Ini juga dapat memberi sedikit peluang untuk mereka yang rasa diri cantik atau kacak tapi ‘kosong’ ni berilmu walaupun sedikit dan mungkin juga memberi sedikit ruang/peluang untuk mereka yang sememangnya berbakat dan berilmu yang masih tercari-cari ruang dan peluang mereka. Jadi pihak produksi harus semak dengan pihak seniman terlebih dahulu adakah pelakon-pelakon yang mereka nak ambil dalam penggambaran itu sudah layak syarat dari pihak seniman atau tidak. Apa pendapat anda atau ada cadangan lain..?

Sumber: Facebook Movie Addict

Pandangan yang dikeluarkan Que mendapat sokongan penuh daripada netizen yang rata-ratanya turut menyedari mutu lakonan semakin tandus dalam bakat-bakat baru.  

que haidar meluat dengan pelakon kayu 3

Kredit foto: ohbulan.com & Facebook Movie Addict 




Hakcipta iluminasi.com (2017)