'Lipstick' atau gincu adalah barang kosmetik yang sudah WAJIB ada pada setiap kaum hawa kerana tidak lengkap kalau mereka bermekap tanpa mencalit sebarang warna di bibir mereka. Percayalah bahawa ramai antara mereka yang terlalu obses dengannya sehingga ada antara mereka yang sanggup menghabiskan duit berhari-hari untuk membeli 'lipstick' sahaja. Kalau tidak membeli pun, mereka tetap akan masuk ke kedai kosmetik seperti Sephora, SASA, dan sebagainya untuk mencuba 'tester' yang ada di situ. Jangan pelik jika anda terlihat terdapat macam-macam jenis warna yang mereka calit di tangan mereka dan menyangka bahawa itu adalah kesan darah. Bagi mereka, ia merupakan salah satu sebab juga untuk mereka tampil dengan lebih keyakinan apabila keluar di hadapan khalayak ramai.

BESARKAN TEKS     A-  A+

12747556 161854694198873 1238533979 n 896

Pada zaman serba moden ini, fesyen telah menjadi satu tarikan utama untuk mereka bergaya sehinggakan ia terdapat pelbagai warna termasuk ungu, biru dan hitam serta berbeza fungsinya seperti untuk melembabkan bibir, untuk kalis air yang membuatkan warna itu tahan lebih lama dan seumpamanya. Dengan pelbagai pilihan yang ada ini, sudah tentu ia akan menjadi satu keperluan kepada mereka untuk kekal cantik dan lebih berkeyakinan. Tetapi, tahukah mereka tentang bahayanya ia kepada kesihatan? Bagi mereka yang masih tidak tahu, mari kita sebarkan.

Di sini ada 6 sebab mengapa ia merupakan produk kosmetik yang paling bahaya :

#1 Mengandungi plumbum atau 'lead'

Plumbum merupakan bahan kimia yang telah digunakan sejak dahulu lagi. Ia digunakan di dalam 'lipstick' untuk menjaga supaya bibir dapat menahan 'oxidation', 'waterproof', dan 'long lasting'  terutama untuk yang berjenama dan diimport. Ia juga diklasikasikan sebagai logam berat yang tidak mempunyai faedah dari segi kesihatan dan disifatkan sebagai racun. Jikalau anda terhidu atau tersentuh sesuatu benda yang mengandungi bahan tersebut, ia boleh meresap masuk ke dalam tubuh badan anda dan kekal di dalamnya untuk tempoh yang lama. Melalui 'lipstick' kadang-kadang anda juga boleh tertelan ketika memakainya. Jadi, ia sangat berbahaya kepada kaum wanita kerana dapat menyebabkan keguguran, kerosakan otak dan lain-lain. Ingat, bukan semua 'lipstik' yang bebas dari bahan ini.

3f

#2 Menghitamkan bibir

Walaupun ia membantu untuk menghasilkan warna yang lebih menarik pada bibir anda, akan tetapi ia turut memberi kesan kehitaman pada bibir anda jika anda sering memakainya. Hal ini akan menyebabkan wajah anda kelihatan sangat pucat. Keadaan ini terjadi kerana tidak lain dan tidak bukan disebabkan oleh pigmen warna dari 'lipstick' tersebut yang meresap ke dalam bibir anda apabila ia sering digunakan tanpa membersihkannya terlebih dahulu.

lips pack recipe

#3 Menyebabkan alergi atau alahan

Ya, ia juga bahaya kerana boleh menyebabkan alergi itu muncul pada bahagian bibir anda dan membuatkan bibir anda menjadi bengkak yang teruk. Hal ini kerana terdapat bahan kimia di dalamnya yang tidak dapat diterima oleh individu yang mempunyai sistem ketahanan badan (antibodi) yang lemah. Oleh sebab itu, ia dapat membuatkan bibir anda cepat berasa gatal dan pecah lalu menjadikan bibir anda sudah tidak menarik lagi. Jika anda mendapat alergi tersebut, sila berhenti dari menggunakannya lagi. Anda boleh menggunakan madu atau pelembab bibir untuk merawatnya.

046872800 1462538543 lilyy

#4 Hati-hati dengan kandungan merkuri

Merkuri merupakan satu bahan yang sangat berbahaya yang terkandung dalam produk kecantikan terutama produk kosmetik. Selalunya, ia terdapat dalam produk tiruan atau merkuri yang digunakan dalam produk tersebut adalah palsu. Ia sangat bahaya untuk kesihatan kita kerana boleh menyebabkan kanser. Elakkan dari membeli produk yang tiruan jika anda tidak mahu merisikokan nyawa anda pada masa hadapan. 

image 144

#5 Menyebabkan gangguan reproduksi

Selain merkuri, ia juga mengandungi sejenis bahan bahaya lain iaitu 'retinyl palmitate' yang boleh menyebabkan kanser dan juga boleh mengganggu sistem reproduksi wanita. Untuk pengetahuan anda, bahan ini sangat bahaya untuk wanita yang hamil. Jadi, bagi wanita yang hamil, cubalah mencari 'lipstick' yang tiada kandungan tersebut ataupun jangan memakainya buat sementara waktu untuk mengelakkan bahaya kepada janin anda.

reproductive effects in women

#6 Menyebabkan bibir luka berdarah

Jika sering menggunakannya, ia akan menyebabkan bibir anda menjadi pecah dan luka sehingga berdarah. Ini sangat menyakitkan kerana anda akan sukar untuk bercakap mahupun makan dan minum. Di samping itu, ia juga dapat membuat anda kurang berkeyakinan untuk berinteraksi dengan orang lain. Kalau luka tersebut semakin teruk, hati-hatilah kerana ia boleh menyebabkan jangkitan kuman di bibir anda. Sila banyakkan meminum air kosong dan elakkan dari kerap memakai 'lipstick' yang mengandungi bahan kimia yang banyak.

evergreenbeauty cracked lips

Justeru itu, ia menjadi bahaya kerana terdapat pelbagai jenis bahan kimia yang berbahaya di dalamnya. Anda dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dengan produk kosmetik masa kini kerana banyak di antaranya adalah tiruan. Sebelum membeli apa-apa jenis produk tersebut, sila baca dahulu kandungan yang terdapat di dalamnya dan jangan mudah terpengaruh untuk membeli. Anda boleh klik di sini untuk melihat contoh produk yang ada banyak bahan bahaya di dalamnya. Sayangi diri anda, kalau nak cantik jangan sampai menyeksa diri ya.

Rujukan :

  1. Methylparaben
  2. Retinyl Palmitate
  3. Bahaya lipstick
  4. Plumbum




Hakcipta iluminasi.com (2017)