Jika perut anda mula buat hal atau berbunyi sebaik sahaja anda selesai makan, anda mungkin telah melakukan kesalahan pemakanan. Perut yang selalu tidak kenyang, akan membuatkan anda mahu makan lagi, dan secara tidak langsung membuatkan berat anda bertambah. Ikuti artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut kenapa perut anda selalu terasa lapar walaupun baru sudah makan

BESARKAN TEKS     A-  A+

Mungkin tidak ramai yang mengalami kejadian seperti ini. Belum sempat anda habiskan makanan anda, perut anda dah mula berbunyi balik, memberitahu anda yang anda perlukan makanan lagi. Ia membuatkan anda tertanya-tanya, sama ada anda mempunyai metabolisma yang pelik, atau makanan anda konsum itu tidak mencukupi. 

Bilakah kali terakhir anda makan? Jika ia sudah tiga jam atau lebih, sudah sampai masa untuk anda makan lagi. Tapi jika makan hanya sejam yang lalu dan perut anda sudah mula buat hal, anda perlu lihat dan kaji balik jenis makanan anda. Cuba tiga tips ini untuk mengelakkan perasaan lapar datang walaupun baru sudah makan.

1. Perut lapar mungkin kerana anda kurang minum air

Badan kita memerlukan banyak cecair setiap hari untuk mengoptimumkan prestasi kognitif dan fizikal. Kebanyakan wanita perlu minum sekurang-kurangnya 2.8 liter air sehari (kira-kira 12 cawan), manakala lelaki pula memerlukan sekurang-kurangnya 3.7 liter (kira-kira 16 cawan atau 1 gelen). Dan jika anda bersenam, anda perlu minum lebih.

Untuk setiap 15 minit anda bersenam, anda perlu minum lagi 150ml - 230ml air. Ini bermakna jika senaman anda berlangsung 60 minit, anda perlu minum lagi 600ml - 950ml air. Salah satu cara yang paling mudah untuk minum air yang mencukupi adalah sentiasa membawa botol air kemana saja anda pergi. Jika anda hanya mengharapkan sebotol air mineral yang kecil atau besar sekalipun, masih tidak mencukupi.

636083686573542281 1216381768 clean water in glass 870

Ibu kepada semua cecair, air, dapat membantu anda berurusan dengan rasa lapar. Pertama sekali, ia membantu menjadikan anda berasa kenyang. Apabila anda minum air (atau apa-apa cecair), perut anda mengembang, yang akan menghantar isyarat kepada otak anda bahawa anda sudah kenyang.

Dan juga ada masa-masa apabila badan kita keliru. Sebagai contoh, kita biasanya tidak berasa dahaga sehingga tekak kita berasa kering. Dan otak kita boleh keliru antara dahaga dengan lapar. Otak kita akan memberitahu kita yang kita perlu makan, tapi sebenarnya apa yang anda lakukan adalah hanya minum. Ini bahaya, boleh menjadikan anda gemok! Pastikan anda isi botol air sepenuhnya, kalau boleh yang tiada kalori seperti air masak, dan anda boleh kawal rasa lapar anda yang sentiasa membuak itu.

Bagaimana untuk mendapatkan lebih banyak air : Bawa bersama anda di dalam kereta dan ke dalam mesyuarat. Letakkan satu di meja anda di siang hari dan di tepi katil pada waktu malam. Minum setiap kali anda terpandang air. Minum air seperti 100 plus apabila anda bersenam serta jus buahan dan air masak bila anda tidak bersenam. Jika anda betul-betul tak dapat kawal rasa lapar, minum 350ml - 450 ml betul-betul sebelum dan selapas anda makan untuk pastikan otak anda dapat isyarat yang anda sudah kenyang.

2. Kekurangan serat dalam hidangan

Serat adalah satu nutrien yang paling kerap diabaikan dalam diet kita. Kita selalu hanya fikirkan tentang nutrien seperti karbohidrat, protein dan lemak. Padahal badan kita juga memerlukan serat. Jumlah pengambilan serat yang disyorkan adalah 38g bagi lelaki dan 25 gram bagi wanita.

fruit and nut oatmeal wp

Tetapi kita cenderung untuk makan kurang daripada yang disyorkan, iaitu 18 gram bagi lelaki dan 15 gram bagi wanita. Jika anda tidak mengambil dalam jumlah yang disyorkan, anda memang akan berasa lapar walaupun baru sahaja makan. Ia bukan sesuatu yang sukar.

Bagaimana untuk mendapatkan lebih serat : Tukarkan karbohidrat putih (roti putih, nasi putih) kepada karbohidrat coklat ( beras perang, roti bergandum), dengan ini, anda boleh tingkatkan serat anda kepada 4-5 gram setiap kali anda makan. Satu lagi sumber serat adalah flaxseed. Dengan hanya 3 gram setiap sudu besar, flaxseed boleh menambahkan serat kepada sarapan pagi anda!

3. Kekurangan makan sayur-sayuran

Anda perlukan sekurang-kurangnya 3 hidangan (segenggam dikira satu hidangan) sayuran hijau dan yang berwarna oren terang, merah atau sayur kuning, seperti lobak , lada benggala dan tomato.

vegetables 31

Sayur-sayuran menyekat rasa lapar, kerana mereka mengandungi 90% air, dan penuh dengan serat. Gandakan pengambilan sayuran! Sayuran juga mengandungi rendah kalori, jadi, anda boleh makan dengan banyak, tanpa menambah kalori yang banyak pada badan anda.

Bagaimana untuk mendapatkan lebih banyak sayur-sayuran: Cuba masukkan sayuran dalam makanan anda seperti ke dalam telur dadar, sandwich, atau smoothies. Atau dimakan begitu saja dibuat snek

Selamat mencuba!




Hakcipta iluminasi.com (2017)