Ia bukanlah lagi satu rahsia bahawa kulit adalah penanda kepada kesihatan dalaman anda. Mereka yang mendapatkan tidur yang cukup, minum air yang banyak, dan makan makanan yang kurang berminyak cenderung untuk memiliki kulit yang bersih dan cerah.

Tetapi bagi mereka yang kerap minum minuman beralkohol dan berkafein, menjalani kehidupan yang tertekan, dan jarang bersenam lebih terdedah kepada jerawat, bintik hitam dan kulit kusam. Dan bagi kebanyakan daripada kita, jerawat dan bintik-bintik hitam ini muncul secara rambang, sama ada di pipi, dagu, dahi atau hidung tanpa sebab yang jelas.

BESARKAN TEKS     A-  A+

kulit bersih dan sihat

Namun, bagi ahli dermatologi atau pakar kulit, setiap zon di muka kita menandakan gambaran kepada kesihatan dalaman badan kita.

Malah, dengan melihat pada kesihatan dan tanda-tanda pada kulit muka sahaja, pakar kulit boleh menjelaskan pelbagai masalah kesihatan. Antaranya adalah dehidrasi, tekanan, masalah pernafasan, ketidakstabilan hormon, dan banyak lagi.

tanda tanda jerawat

Kamin ingin berkongsi informasi ini dengan anda, dengan menerangkan pembahagian zon di muka anda dan mewakili bahagian dalaman badan yang mana dan bagaimana untuk mengatasinya.

1. Lokasi Jerawat Di Dahi

Mewakili pundi kencing dan usus (sistem penghadaman dan tekanan)

Bintik-bintik hitam atau jerawat di bahagian dahi mungkin adalah disebabkan peluh daripada rambut berminyak atau terlupa untuk mencuci mekap. Namun, jika itu bukan sebabnya, maka ia boleh jadi disebabkan oleh isu pemakanan.

jerawat di dahi

Dahi cenderung untuk bertindak balas apabila sistem penghadaman menghadapi masalah untuk menghadam makanan. Ini mungkin disebabkan oleh cara pemakanan yang tidak sihat, atau makan terlalu cepat.

Bahagian ini juga merupakan petanda bagi masalah pundi kencing dan dehidrasi. Tekanan dan kekurangan tidur juga boleh memburukkan lagi keadaan, dan memberi kesan kepada sistem penghadaman dan membuatkan badan anda kekurangan air, yang mana akan memberi petanda melalui dahi anda.

Cara mengatasi :

Mengambil lebih makanan yang mengandungi tinggi enzim, termasuk betik, nenas, avokado, minyak zaitun dan mangga.

Minum lebih banyak air, lebih kurang 8 gelas sehari, termasuk sejurus selepas anda bangun pagi.

Dapatkan tidur yang lebih nyenyak, dan sekurang-kurangnya 7 jam setiap malam.

2. Lokasi Jerawat Di Zon-T

Mewakili hati dan perut (dehidrasi, terlalu banyak alkohol, makanan berminyak)

Bahagian ini bertindak balas dengan sensitif terhadap alkohol, makanan berminyak dan kurangnya air dalam badan. Alkohol boleh menjejaskan asid di dalam perut anda, yang akan mengusir toksin ke bahagian lain di dalam badan.

jerawat di t zone

Makanan segera juga boleh menjadi penyebab di bahagian oleh kerana beberapa sebab.

Pertamanya, lemak dan minyak yang digunakan untuk memasak menyebabkan ketidakseimbangan di dalam perut anda.

Kedua, pengambilan gula berlebihan dari makanan segera menjejaskan hormon dan ketahanan hormon.

Cara mengatasi :

Kurangkan pengambilan alkohol, makanan berminyak dan minuman tinggi gula.

3. Lokasi Jerawat Di Hidung

Mewakili jantung (tekanand arah, masalah peredaran darah, pengambilan garam)

jerawat di hidung

Hidung cenderung untuk bertindakbalas terhadap tekanan emosi dan masalah peredaran darah. Bintik hitam dan jerawat pada hidung berpunca daripada tekanan darah tinggi, kolestrol tinggi dalam darah, tekanan tinggi, dan juga pengambilan alkohol dan lemak yang tidak baik secara berlebihan.

Rasa cemas, sedih, tertekan dan kemarahan juga antara penyebab di bahagian hidung.

Cara mengatasi :

Bersenam dengan kerap. Amat penting untuk bersenam sekurang-kurangnya 30 minit, di tahap sederhana, 3 hari seminggu, bagi membantu peredaran darah yang baik.

Tambah pengambilan lemak yang baik (unsaturated fat) dan kurangkan lemak tidak baik (saturated fat). Elakkan makan daging yang diproses dan tambahkan avokado dan mentega kacang dalam diet.

Elakkan makan makanan pedas untuk kurangkan tahap keradangan.

Makan makanan yang tinggi serat untuk kekalkan tahap kolestrol yang sihat.

4. Lokasi Jerawat Di Bahagian atas bibir

Mewakili hormon dan usus (ketidakseimbangan hormon, ovulasi, kitaran haid)

Kawasan ini cenderung untuk bertindakbalas pada waktu berbeza ketika haid, bergantung kepada hormon.

jerawat di atas bibir

Bagi sesetengah wanita, ia mungkin terjadi ketika sedang haid, dan bagi yang lain mungkin ketika hari ke-14 proses ovulasi. Jerawat di bahagian atas bibir juga menandakan kekurangan serat dalam badan.

Cara mengatasi :

Jika kes anda terlalu teruk, jumpa dengan doktor dan meminta nasihat untuk mengambil pil perancang bagi mengubah keseimbangan hormon. 

Makan makanan yang mengandungi tinggi serat.

Dapatkan urutan pada bahagian perut. Lakukan yoga untuk merangsang peredaran darah ketika haid.

5. Lokasi Jerawat Di Dagu

Mewakili perut, buah pinggang, organ pembiakan (hormon, dehidrasi, makanan berminyak)

jerawat di dagu

Dagu adalah zon utama untuk tumbuhnya jerawat disebabkan hormon. Ia boleh terjadi ketika zaman remaja, ketika haid, dan juga ketika perubahan fisiologi ketika umur 20-an dan 30-an. Dan bukan itu saja, dehidrasi dan makanan berminyak juga boleh menyebabkan jerawat tumbuh di bahagian ini.

Cara mengatasi :

Mengambil lebih makanan yang mengandungi tinggi enzim, termasuk betik, nenas, avokado, minyak zaitun dan mangga.

Minum lebih banyak air, lebih kurang 8 gelas sehari, termasuk sejurus selepas anda bangun pagi.

Jika kes anda terlalu teruk, jumpa dengan doktor dan meminta nasihat untuk mengambil pil perancang bagi mengubah keseimbangan hormon. 

6. Jerawat Tumbuh Di Telinga, penjuru mata, dan di bawah mata

Mewakili buah pinggang (dehydration, tekanan, penghasilan minyak berlebihan)

jerawat di telinga

Jika berlaku sesuatu di kawasan ini, ia mungkin terjadi kerana kekurangan tidur dan tekanan. Tetapi, ia juga berkait rapat dengan buah pinggang dan tahap hidrasi anda.

Cara mengatasi :

Minum lebih banyak air, lebih kurang 8 gelas sehari, termasuk sejurus selepas anda bangun pagi.

Dapatkan tidur yang lebih nyenyak dan secukupnya, sekurang-kurangnya 7 jam setiap malam.

7. Jerawat Tumbuh Di Pipi

Mewakili paru-paru dan sistem pernafasan. (Alahan, merokok, pencemaran, kotoran dari bantal atau telefon)

jerawat di pipi

Bahagian atas pipi berkait dengan sinus dan bahagian bawah pipi berkait dengan mulut. Pipi kiri pula mempunyai kaitan yang kuat dengan hati, dan pipi kanan berkait dengan paru-paru.

Kulit yang tidak baik di bahagian pipi boleh diburukkan lagi oleh alahan, asma, pencemaran udara, merokok, dan kurang bersenam. Penyakit gusi dan pengambilan gula yang tinggi juga boleh menyumbang kepada isu ini, kerana pipi berkait juga dengan mulut.

Cara mengatasi :

Bermeditasi dan kurangkan pengambilan produk tenusu dan gula

Makan lebih banyak buah yang berair seperti tembikai, timun, strawberi dan tomato

Gunakan pencuci muka yang sesuai dengan anda untuk menghapuskan bakteriaLakukan senaman aerobik

8. Jerawat Tumbuh Di Garis rahang

Mewakili kebersihan dan perut (kotoran, makanan berminyak)

jerawat di rahang

Garis rahang adalah pusat bagi pertumbuhan jerawat yang disebabkan oleh makanan berminyak.

Cara mengatasi :

Kurangkan pengambilan produk tenusu dan gula, dan makanan yang diproses.

Makan lebih banyak buah yang berair seperti tembikai, timun, strawberi dan tomato.

Tambah pengambilan lemak yang baik (unsaturated fat) dan kurangkan lemak tidak baik (saturated fat). Elakkan makan daging yang diproses dan tambahkan avokado dan mentega kacang dalam diet.

9. Jerawat Tumbuh Di Leher

Mewakili tiroid (penyakit)

Mereka yang mempunyai tiroid yang kurang aktif mempunyai tahap hormon progesteron yang rendah. Ini kerana kurangnya hormon tiroid untuk menukarkan kolesterol kepada hormon progesteron.

jerawat di tengkuk atau leher

Ini menyebabkan tumbuhnya jerawat, kerana hormon progesteron adalah hormon yang menghalang pertumbuhan jerawat.

Cara mengatasi :

Tingkatkan pengambilan vitamin A

Jumpa doktor dan minta nasihat untuk mengambil pil perancang untuk meningkatkan tahap hormon progesteron

Kredit : Daily Mail UK

Kemaskini : 4 april 2018




Hakcipta iluminasi.com (2017)