Oleh pada 18 Jul 2017 kategori

Kredit foto: malaysianaccess.com 

Sebelum ini kecoh apabila tersebarnya khabar angin tentang pemilihan aktor Fattah Amin sebagai hero drama korea, Coffee Prince Versi Malaysia.

Ramai netizen yang tidak bersetuju kerana beranggapan wajah aktor tersebut sudah acapkali tampil di kaca televisyen.

Bagaimanapun, isu itu bertambah panas apabila sebuah petisyen dalam talian pula diwujudkan untuk membangkang penglibatannya dalam drama tersebut. 

petisyen bantah pemilihan aktor fattah amin diwujudkan 2

Kredit foto: Twitter Fattah Amin

Mereka berpendapat Fattah masih belum bersedia untuk menggalas tanggungjawab watak itu kerana lakonannya yang masih dikatakan seperti "kayu".

Sila beri watak utama kepada pelakon lelaki selain Fattah Amin. Kami tiada masalah dengan Janna Nick, kami hanya tidak mahu Fattah Amin melakonkan watak Gong Yoo.

Sementara itu, pengarah drama berkenaan iaitu Michael Ang enggan mengulas lanjut, meskipun sebelum ini dia sudah mengesahkan akan penglibatan aktres Janna Nick.  

petisyen bantah pemilihan aktor fattah amin diwujudkan 3

Kredit foto: Instagram Michael Ang 

Difahamkan, Saluran Melayu Astro juga masih dalam proses menentukan barisan pelakon.

Apapun, kita nantikan sahaja pengumuman daripada pihak Astro nanti.




Hakcipta iluminasi.com (2017)