Biasanya, kita akan dapat melihat manuskrip iluminasi ini diperlukiskan oleh golongan-golongan berumur dan sudah tua. Entah kenapa, sukar untuk kita melihat generasi muda berkecimpung dalam bidang ini, apatah lagi untuk mewarisi seni yang sangat bernilai ini.

Mungkin disebabkan peredaran arus masa menghakis minat anak remaja terhadap seni Islam. Barangkali, jika dibiarkan terus begini, mungkin seni tangan ini akan hilang dari bumi kita.

BESARKAN TEKS     A-  A+

siap sudah 982

Namun, ianya bukanlah satu penghabisan bagi seni ini. Seorang anak muda yang berasal utara Malaysia, antara generasi alaf baru yang masih meneruskan tradisi seni kalifgrafi.

Seni Kaligrafi Dan Seni Iluminasi Hiasan Al-Quran

Anak muda berbakat besar ini diberi nama Hafizan Halim, 25, berasal di Alor Setar, Kedah Darul Aman. Menamatkan pengajian sekolah menengahnya di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar, beliau mula aktif dalam bidang seni ini sejak dari bangku sekolah lagi.

Darah seni yang mengalir dalam tubuh dan darahnya itu membuatkan beliau lebih minat dan tekun untuk meneruskan legasi ini.

tekun dan rajin 742

Hasil karya beliau banyak berdasarkan gaya kaligrafi Melayu-Islam dan juga banyak menampilkan ayat-ayat Al-Quran. Seni halus tulisan jawi dan seni iluminasi daripada tangannya ini mempunyai gaya dan cara tersendiri yang membuatkan sesiapa saja yang melihat pasti akan jatuh hati.

Dek kerana bakatnya yang mengagumkan dan telah banyak menghasilkan karya-karya yang luar biasa, beliau telah mendapat perhatian daripada pelbagai pihak, termasuklah daripada kerabat-kerabat diraja.

Dapat Perhatian Kerabat Diraja

di istana serene johor bahru 12

diperkenan permaisuri 184

Baru-baru ini, anak jati negeri jelapang padi ini dijemput untuk menghadap Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor, untuk mempamerkan karya-karyanya kepada Tuanku Permaisuri.

Turut serta di Istana Serene melihat pameran yang dipersembahkan Hafizan iaitu Tunku Temenggung Johor dan Tunku Panglima Johor yang tidak mahu melepaskan peluang bertemu sendiri dengan Hafizan walaupun masing-masing sibuk dengan hal-hal lain. Mereka yang melihat sendiri hasil tangan Hafizan sangat mengagumi bakat yang ada pada beliau.

bersama tunku panglima johor 72

Bukan lah pertama kali berada di kalangan diraja, anak muda ini tidak kekok memberikan penjelasan kepada YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ini Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor, berkenaan karya-karya beliau yang dipamerkan.

DYMM Raja Zarith juga berkenan meneliti dengan lebih dekat peralatan yang digunakan Hafizan bagi menghasilan warna emas tradisional dan teknik mewarna dengan berus.

bersama dymm tunku soraya dan raja sarina 715

Beliau juga pernah dikunjungi oleh Duli Yang Amat Mulia Tunku Soraya dan anakanda, Raja Sarina di teratak seninya di Kampung Masjid Lama, Mukim Tualang, Pokok Sena, Kedah.

bersama sultan kedah tuanku abdul halim 834

Graduan dari Universiti Teknologi MARA kampus Seri Iskandar ini juga kerap kali dijemput dan menyertai pameran-pameran lukisan di serata negara. Antaranya termasuklah pameran di Istana Negara yang dihadiri sendiri oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong DYMM Tuanku Abdul Halim dan Permaisuri Agung.

Ilmu Seni Iluminasi Manuskrip Melayu dan Quran Yang Hampir Ditelan Zaman

Tersedar akan kepentingan berkongsi ilmu seni ini, beliau telah mengendalikan beberapa kelas dan kursus untuk peminat-peminat seni iluminasi ini bagi membantu mereka mempelajari dan menggilap bakat bakat yang ada.

Walaupun mempunyai bakat semulajadi sejak kecil, Hafizan tidak sombong dan malah beliau sering mempelajari seni dan teknik baru seperti mempelajari seni iluminasi cina daripada rakan-rakannya.

berkaligrafi 1

Selain itu, beliau juga kerap kali ke luar negara, seperti ke Turki, Algeria dan juga Qatar bagi mendalami lagi seni iluminasi sambil mencari inspirasi di luar norma.

Bagi yang tidak mempunyai bakat seperti ini, jika melihat kepada karya-karya beliau, pasti anda akan terlopong kerana boleh dikatakan kesemua karyanya adalah sangat kompleks dan rumit pada mata kasar.

bersama tun mahathir 758

Bagi menghasilkan sesebuah karya, ia bukan sahaja memerlukan bakat semulajadi, tetapi juga perancangan yang teliti dan kesungguhan yang tinggi. Jika tidak, sudah tentulah karya itu akan menjadi tidak bermaya kerana tiada ketelusan dalam berkarya.

Kembalikan Martabat Seni Iluminasi

Antara salah satu karya beliau yang sangat menarik perhatian adalah penulisan surah Yassin yang diabadikan di atas kertas kanvas linen berukuran 8 x 4 kaki. Ia memakan masa selama sebulan untuk disiapkan.

Menurut Hafizan, ia merupakan antara salah satu karya kegemarannya yang juga merupakan antara yang mencabar baginya.

hafizan dan surah yaasin 800

surah yaasin 677

Kami di iluminasi.com sangat berbangga dengan anak muda ini dan diharapkan bakat hebat seperti saudara Hafizan Halim ini perlu diketengahkan lagi bagi menghidupkan kembali seni iluminasi.

Juga, perkara seperti ini seharusnya mendapat liputan yang lebih meluas, supaya boleh memberi inspirasi kepada generasi muda dan mengangkat kembali martabat seni iluminasi agar kekal bernafas di bumi Malaysia.

Ikuti laman facebook : Facebook Hafizan Halim




Hakcipta iluminasi.com (2017)