Oleh pada 29 Mar 2017 kategori

Israq M. Asri seorang warga Malaysia yang menetap di Korea berkongsi mengenai perkataan basic yang anda patut tahu sebelum anda ke Korea. Jom kita lihat antara perkataan basic yang dikongsi oleh Israq.

israq korea 856

1) 안녕하세요 (Anyeong hase-yo)-Maknanya hai, selamat pagi, selamat petang. Semua kau bole tibai rata je cakap anyeonghaseyo.Melainkan kau kamceng dengan Korea sampai boxer pun share dua orang, baru kau cakap anyeong! OK?2)감사합니다/고마워요 (Kamsa hamnida/Komawo-yo)Bermaksud Terima kasih. Kamsahamnida lagi polite dari komawo-yo. Jangan pula kau "komawo" kan ajumma kedai tu.Kang ada yang kena sumpah jadi mesin potostet.Tak elok, komawo tu boleh guna kalau kau cakap dekat budak tak pun kawan rapat kau aje.3) 죄송합니다 (Cwesong hamnida)Minta maaf ataupun excuse me. Aku selalu guna kalau nak minta jalan dalam subway.So nanti depa akan bagi kau ruang untuk jalan ke pintu syurga. #Eh! pintu subway. Kalau terlanggar orang pun cakap je “cwesong hamnida” dan kau akan nampak ekspresi muka dia macam #shakalasheit.Sebab foreigner tapi tahu cakap bahasa dia kan..BONUS!햄이나 고기 들어가요? (Hem-i-na-gogi-tero-kayo?)Ada masukkan ham atau daging ke dalam ni?Ayat yang tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas setiap kali aku nak order makanan kat customer. Kalau dia cakap ada, kau bangun dan azan kuat-kuat hehe.Kalau susah-susah sangat nak hafal sampai keluar urat merih, ikut je aku travel Seoul. Biarlah urat merih aku terkeluar melayan karenah hampa. Huhu.

israq berkain pelikat di korea 17

Itu antara perkongsian  menarik untuk anda sebelum ke Korea. Jika ada yang berminat nak travel ke Seoul boleh la berkenalan dengan jejaka hensem ini. Gerenti Israq boleh bawa anda berjalan di Seoul sampai timbul habis urat kaki.


tags : , , , , ,











Hakcipta iluminasi.com (2017)