Oleh pada 12 Jul 2017 kategori

Ini  adalah senarai perkara yang boleh merosakkan kredibiliti anda secara total 100%. Elakkan dan jauhi perkara-perkara ini sekiranya anda bercita-cita untuk jadi orang yang berpengaruh dan disegani. Sekali melakukan kesilapan, sampai mati masyarakat akan ungkit kesilapan anda. Percayalah.

najis dadah merosakkan karier penyanyi zamani slam 421

1. Pernah menagih dadah

Tidak kiralah anda sebagai regular user atau casual user, kalau masyarakat tahu anda adalah pengguna dadah seperti ganja dan syabu, secara automatik kata-kata anda tidak didengari dan diragui ramai.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Walaupun hal ini adalah kenangan lalu dan anda sudah berhenti mengambil dadah, tiada siapa akan percaya kepada anda. Semua penagih dadah pun akan berkata begitu sekiranya ditanya "kau hisap dadah lagi ke?"

orang besar yang pernah kantoi khalwat

2. Penzina atau pernah ditangkap khalwat

Zina adalah satu dosa yang sangat dipandang teruk oleh masyarakat. Anda tidak akan dihormati dan suara anda tidak akan didengari langsung sekiranya anda ada sejarah hitam ini. Sebab itulah kebanyakan politikus terus menyepi sekiranya terlibat dengan kes seperti ini.

Sekiranya anda menyertai kongsi gelap ataupun pertubuhan gangster, ada sesetengah kelompok masyarakat akan menjulang dan menyanjung tinggi anda. Anda masih mampu bersuara dan memberi pandangan kepada masyarakat. Tapi kalau anda kantoi ditangkap khalwat, habislah! Nak post status keagamaan di Facebook pun pasti ada orang kecam anda.

Sebab itu tiada penzina insaf jadi penceramah bebas. Yang ada hanyalah kongsi gelap insaf ataupun selebriti insaf yang jadi penceramah bebas.

3. Pernah menyertai skim cepat kaya (MLM)

Yang ni mesti ramai pernah lakukan. Masa tengah 'hype' nak jadi jutawan (konon) ajak habis satu kampung sertai skim penipu anda tu. Bila dah sontot, hilang entah ke mana. Nak pergi kenduri kawan-kawan pun jadi malu. Takut ditanya tentang janji-janji dahulu.

Damage paling teruk adalah ejen-ejen MLM yang ada banyak downline. Mula-mula cakap lain. Syarikat dah lama lah, ada kelulusan ssm lah, ramai dah jadi jutawan lah. Bila sontot tak ada pulak upline ni nak ganti duit downline yang ramai tu. 

azlee senario dan pok din empire scam

Contoh paling mudah adalah seperti Azlee Senario. Sejak zaman 90an lagi penulis sangat mengagumi beliau kerana beliau sangat 'kering' dalam menghasilkan memek muka kelakar. Sehinggalah tahun lepas (2016) beliau sangat aktif dengan skim ponzi Pokdin Empire. Terus hilang respek penulis kepada beliau. Namun begitu, yang lepas tu biarlah berlalu. Mungkin Azlee sendiri tak tahu beliau ditipu.

nak viral langganlah zara pelacur gemuk ni

4. Pernah mesej lucah dan menggatal dengan orang lain

Hal ini selalu dipandang remeh oleh sesetengah lelaki. Adakah anda tahu, kantoi mesej mengurat perempuan lain amat memalukan dan boleh menjatuhkan kredibiliti anda? Mesej lucah adalah penguat kepada persepsi buruk masyarakat kepada anda.

Elakkan perkara ini. Jangan mengurat atau menggatal dengan orang yang tidak dikenali di alam maya ini. Kalau kantoi kena screenshot baru padan muka anda. 

lelaki pervert gatal

Di sini, penulis juga ingin menyeru kepada masyarakat tidak kiralah anda lelaki mahupun wanita, sekiranya ada orang yang tidak dikenali menggatal dengan anda, sebarkan di laman Facebook atau laman sosial anda. Biarkan individu itu malu pada masa sama memberi kesedaran kepada orang lain agar berhati-hati dengan individu tersebut.

5. Video atau gambar lucah anda pernah tersebar

Dalam masyarakat kita, video lucah amat memalukan. Kalau video lucah anda pernah tersebar, silap haribulan anda nak pergi interview kerja pun penemuduga boleh gelakkan anda. Ini juga menjadi 'alat' dalam permainan politik untuk menjatuhkan individu tertentu.

rosak kredibiliti kalau pakcik misai ni seorang penceramah

Lihat sajalah bagaimana ahli politik dengan mudahnya boleh didiamkan dengan hanya menyebarkan video lucah mereka kepada masyarakat awam. Tidak kiralah video itu benar atau palsu, tuduhan sebagai individu dalam video lucah amatlah berat sekali kesannya kepada masyarakat.

Walaupun begitu, masih ramai diluar sana yang tidak melakukan dosa-dosa seperti ditulis dalam artikel ini namun tetap dijulang masyarakat walaupun perbuatan dan hatinya syirik kepada tuhan.

Tamat bahagian satu. Akan bersambung pada bahagian kedua.




Hakcipta iluminasi.com (2017)