Kredit foto: artisbuzz.com

Pasti ramai yang mengenali penyanyi To'ki yang cukup terkenal dengan lagu 'Hampa' suatu ketika dahulu.

Menerusi Facebook Oh! Media baru-baru ini, To'ki dikatakan sedang hidup serba daif apabila seorang peminat telah berjumpa dengannya di sebuah stesen minyak.

Assalamualaikum Ohmedia ☺ saya ada berita yg agak sedih utk dikongsi.. admin kenal x to’ki yg nyanyi lagu hampa tu? Fyi beliau sgt daif skrg..td terjumpa di petron, kami ada bersembang ttg kehidupan beliau.


Sebagai seorang bapa, sy sgt terkesan apbila beliau minta sedikit ihsan utk anak dan isteri mkn..kerana sy juga punyai anak dan isteri..


sedih sgt tengok keadaan mereka..dia tidak meminta, cuma cara beliau yg sgt peramah dan kita sendiri akan faham niat beliau..kenapa beliau begitu, allahu alam..


beliau juga ada beritahu yg beliau ada siapkan beberapa buah lagu baru, namun tiada peluang yg dilihat.. kerana nk mkn pun xde modal, apatah lagi nk gunakan duit utk perkara yg besar..


sy pun xpandai sgt nk luahkan apa yg beliau luahkan kepada saya..lagi pula ramadhan yg semakin hampir dan syawal yg akan tiba..


semoga sedikit informasi yg sy beri ini mendapat perhatian Ohmedia supaya boleh membantu insan seni berbakat ini yg juga saudara islam kita.. apa2 admin msj la sy ye..


syada no telefon beliau mungkin admin boleh hubungi sendiri.. semoga ramadhan dan syawal kali ini kita boleh beri senyuman kepada mereka insy’allah..


Ps: dia seorang lejen yg semua kenal..mustahil kita pegi karok xpilih lagu beliau..kan?haha. Tq admin semoga Oh! Media terus maju jaya….Assalamuaiakum 😘


Tak sampai hati nk amik gmbar isteri dan anak beliau..apatah lagi kereta..admin tgk peluh dia kt baju tu pun mesti admin tau kan 😢😢


Ben nathan dah settle…mungkin rezeki beliau pulak kan…


– Engku Lokman. 

Sumber: Facebook Oh! Media

Selepas kisah kesusahan penyanyi To'ki itu menjadi tular di laman sosial Facebook, Presiden Yayasan Artis 1 Malaysia (YA1M), Datuk DJ Dave bertindak menjejakinya penyanyi itu untuk memberi bantuan.

Saya ada membaca kisahnya yang tular di media sosial pagi tadi dan saya terus meminta supaya pembantu saya menjejakinya.


Pihak YA1M akan segera menghubungi To'ki untuk mengetahui dengan lebih lanjut masalah yang dihadapinya.


Kami juga akan membantunya secepat mungkin.

Datuk DJ Dave, sebelum ini pernah membantu penyanyi popular era 1980-an, Ben Nathan yang juga hidup melarat sebagai seorang gelandangan.

Justeru, sebuah konsert berjudul 'Konsert Kasih dan Harapan Ben Nathan' telah pun diadakan di Saloma Bistro semalam.

Penganjuran konsert itu adalah untuk mengumpul dana bagi membantu kebajikan penyanyi tersebut.

Semoga pendedahan ini dapat membuka mata karyawan seni agar nasib penyanyi berbakat seperti To'ki ini dapat terbela dan kembali menyinari industri hiburan tanahair.

Sumber: viralhebat.com & Utusan Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)