Kini teknologi 3D print telah digunakan secara meluas dalam pelbagai sektor. Teknologi ini membolehkan pengguna membuat duplikasi atau menghasilkan sesuatu binaan 3D dalam masa yang lebih pantas.

Kini, para pengkaji dan syarikat daripada China sedang berusaha untuk membangunkan teknologi dan proses untuk menghasilkan kulit manusia daripada teknologi 3D ini - dan mereka menjangkakan dapat menghasilkannya dalam tempoh 2 hingga 3 tahun lagi. Wu Jun, pengarah di Burns Institute yang terletak di Chongqing berkata, mereka sedang melakukan ujikaji itu menggunakan kulit babi.

BESARKAN TEKS     A-  A+

"Dalam usaha menghasilkan kulit dengan menggunakan teknologi 3D print, halangan utama yang kami hadapi adalah mencari ramuan yang sesuai untuk menghasilkan tisu kulit tersebut." Pada masa ini, kebanyakan produk yang dihasilkan menggunakan teknologi ini adalah objek keras dan pegun tetapi untuk menghasilkan kulit, mereka perlukan formula khas bahan-bahan yang boleh menghasilkan kulit yang flexible dan boleh berubah bentuk mengikut pergerakan manusia.

operation

Beliau turut menambah, terdapat beberapa lagi pengkaji lain yang turut sama melakukan kajian ini. Oleh itu, beliau berharap dapat menyelesaikannya segera untuk menjadi yang pertama dapat menghasilkan kulit menggunakan teknologi 3D print ini. Buat masa ini, terdapat pengkaji daripada lain yang telah berjaya menghasilkan sampel tisu kulit ini di dalam makmal. Walaubagaimanapun, mereka menghadapi cabaran untuk membiarkannya kekal hidup dan berfungsi untuk jangka masa yang lama.

Di China, terdapat sebuah kilang menghasilkan produk daripada teknologi 3D print yang masih dalam pembinaan di Chongqing. Syarikat ini merupakan usaha sama antara syarikat dari Amerika Syarikat, Hkable dan syarikat bioteknologi China, Jintai. Ianya merupakan kilang yang pertama seumpamanya di China.




Hakcipta iluminasi.com (2017)