Oleh pada 13 Aug 2017 kategori

Kredit foto: Instagram.com/izreen.azminda

Selepas menyepikan diri dek kerana kesibukan dengan kerjaya lakonan, pelakon Izreen Azminda baru-baru ini mengejutkan ramai dengan menyuarakan hasrat untuk mendirikan rumah tangga lagi .

Ibu kepada seorang anak bernama Muhammad Adrian Umar (4 tahun) itu turut mempertimbangkan sekiranya lelaki yang ditakdirkan untuk ditemuinya kelak merupakan suami orang.

Jelasnya, tujuan dia bersifat terbuka dari segi status seseorang lelaki itu adalah kerana tidak mahu pendirian sesetengah wanita yang tidak mahu beristerikan suami orang hanya akan memakan diri. 

Saya tak nak kata tidak pada suami orang. Takut nanti apa yang kita tak nak itu yang Allah akan berikan .


Tak pasal-pasal apa yang kita cakap berbalik kepada kita sendiri pula .


Cuma, apa yang boleh saya katakan jika lelaki itu mampu, tak salah untuk dia nak kahwin lain sebab sememangnya mereka boleh ada empat orang isteri.

Tambahnya, dia juga tidak terburu-buru soal mencari 'si pengganti' memandangkan tumpuannya kini terpaksa diberikan kepada anak kesayangannya.

Buat masa ini saya tidak terfikir untuk mencari pasangan lagi. Memang teringin nak kahwin tapi banyak lagi perkara yang saya perlu dahulukan .

Baru-baru ini anak saya dijangkiti H1N1 dan ditahan wad selama empat hari dan apa yang berlaku membuatkan saya perlu ada dengan dia setiap masa .

Sebab itu, biarlah saya uruskan anak dan jika ada jodoh, insyaAllah saya akan berkahwin sekali lagi.

Sumber berita: mStar Online & ohbulan.com




Hakcipta iluminasi.com (2017)