3e1d210300000578 4297944 image a 7 1489151980090

Ahli arkeologi telah menemui sebuah tugu setinggi 26 kaki atau 8 meter yang tertanam di dalam kawasan setinggan Mesir.
Pengkaji mempercayai yang tugu tersebut adalah tugu berasaskan Ramses II, Firaun Mesir yang memerintah 3 ribu tahun dahulu. Penemuan itu, dikhabarkan adalah antara penemuan paling penting dalam sejarah arkeologi, dibuat berdekatan tinggalan kuil Ramses II yang dipercayai tapak tinggalan bandar Helipolis, berada di kawasan timur Kaherah.

3e230c2b00000578 4297944 image a 3 1489155682860

Ramses II atau Ramses The Great adalah salah seorang pemerintah yang paling berkuasa dan terkenal dalam sejarah Mesir. Terkenal dengan panggilan "Great Ancestor," dia memimpin beberapa pengembaraan ketenteraan dan meluaskan empayar Mesir dari Syria hinggalah ke Nubia di utara. Ramses II adalah Firaun ketiga dalam sejarah 19 Firaun Mesir. Turut sama ditemui adalah bahagian atas tugu Firaun Seti II, cucu kepada Ramses II.

3e216d2600000578 4297944 archaeologists from egypt and germany have found a massive 26ft a 1 1489151979979


Pengkaji percaya kuil matahari yang diasaskan oleh Ramses II terletak di situ, menguatkan lagi andaian yang memang benar tugu besar itu adalah tugu Ramses II. Penemuan tersebut dilakukan dalam kawasan yang mengandungi bangunan-bangunan terbengkalai dan jalan yang berlumpur yang berdekatan dengan tapak kuil tersebut.

3e226a7000000578 4297944 image m 8 1489155985746

Menurut kepercayaan orang Mesir dulu kala, Tuhan Matahari mencipta dunia mereka dan menetap di Heliopolis. Oleh kerana kepercyaan mereka pada ketika itu tidak membenarkan pembesar dan raja duduk sama tempat dengan Tuhan Matahari, pelbagai binaan tugu telah disiapkan untuk menunjukkan ketaatan pemerintah kepada Tuhan Matahari.

3e216d3200000578 4297944 the discovery hailed by the antiquities ministry as one of the m a 3 1489151980004

Heliopolis itu sendiri membawa makna 'City of the Sun' atau 'Bandar Matahari' diasaskan oleh Ramses II, mempunyai kuil terbesar di Mesir ketika itu tetapi kuil tersebut telah musnah ketika era pencerobohan Greco-Roman. Banyak kesan-kesan tinggalan dari Heliopolis telah pun dipindahkan ke Alexandria (Iskandariah) atau ke benua Eropah, sementara kesan tinggalan lain telah pun hilang akibat kecurian atau kemusnahan semulajadi.

3e22ed9d00000578 4297944 image a 2 1489152538788




tags : , , , , , , , , ,









/ / /
Hakcipta iluminasi.com (2017)