Oleh pada 08 Aug 2017 kategori

sam

Satu misteri penemuan haiwan laut yang tidak dikenalpasti spesisnya telah berlaku di sebuah pantai di Melbourne, Australia apabila seorang remaja dimasukkan ke hospital akibat kakinya diratah oleh makhluk pelik tersebut.

kaki sam 15

Ketika kejadian, remaja berusia 16 tahun itu, Sam Kanizay, yang kakinya terluka beberapa hari sebelumnya akibat bermain bola sepak telah pergi ke Pantai Dendy Street di Brighton, Melbourne.

Beliau kemudiannya merendamkan kakinya ke dalam air laut. Beberapa ketika kemudian, kaki Sam terasa seperti semut-semut dan hanya menganggap ianya disebabkan oleh luka pada kakinya itu.

sam di hosptail sandringha 648

"Naluri saya mengatakan saya terpijak batu, tapi agak pelik sebab saya rasa di bahagian kaki dan juga buku lali," jelas Sam

Bapa Sam, Jarrod Kanizay yang tidak dapat menghentikan darah pada kaki Sam yang berterusan telah membawanya ke hospital. Ketika tiba di hospital, kaki Sam kemudiannya dilap oleh jururawat, namun darah tidak henti-henti keluar.

Mereka kemudiannya mengambil masa yang agak lama untuk membersihkan kaki Sam dan kelihatan beratus-ratus lubang kecil pada kakinya. Darah kemudian kembali memenuhi kaki beliau dengan begitu cepat.

kaki berlubang lubang kecil 333

Lantai hospital dipenuhi dengan darah daripada kaki Sam. Bilik kecemasan di Hospital Sandringham menjadi kecoh dan para doktor serta jururawat menjadi bingung kerana tidak pernah berhadapan dengan situasi tersebut.

"Kaki dan buku lali saya seperti mempunyai beratus-ratus lubang pin kecil," tambah Sam.

xxxxxxx 432

Kegagalan doktor menjelaskaan keadaan misteri yang berlaku pada anaknya itu membuatkan Jarrod membuat keputusan untuk menyiasat sendiri. Beliau kemudiannya kembali ke tempat kejadian berbekalkan jaring dan sekeping daging segar. Daging itu dimasukkan ke dalam jaring dan Jarrod mula memancing makhluk tersebut. 

makhluk misteri 1

makhluk misteri

Seperti yang dijangkan, beratus-ratus ekor daripada mereka mengerumuni daging segar itu dan kelihatan seperti sangat kelaparan.

Jarrod kemudiannya membawa pulang makhluk ini dan merakam video yang mana kelihatan mereka sedang asyik memakan serta menghisap darah daging tersebut.

Menurut Jarrod, makhluk tersebut adalah sejenis hama dan menyerahkan kepada pihak hospital untuk melakukan kajian bagi menentukan spesisnya.

"Apa yang kita tahu adalah makhluk ini sangat menyukai daging," terang Jarrod.

Sementara itu, seorang pakar marin, Michael Brown, hairan dengan penemuan pepijat tersebut dan berkata ia kemungkinan larva obor-obor. Beliau yang berpengalaman selama 20 tahun dalam bidang tersebut tidak pernah melihat perkara seperti ini.

Sumber : Daily Mail


tags : , , , , ,











Hakcipta iluminasi.com (2017)