Dalam pelbagai kekecohan konflik dan kontroversi yang mengiringi perjalanan dunia seni Fasha Sandha, pelakon jelita ini cukup bertuah kerana dikurniakan kelab peminat yang sentiasa bersama-samanya di belakang.

Melabelkan diri mereka sebagai 'We Love Fasha Sandha', kelab peminat tersebut aktif menyokong kerjaya seni Fasha, malah mempertahankannya setiap kali dilanda gosip liar. 

Saya terharu kerana mereka menyokong kerjaya seni saya sejak awal pembabitan saya dalam industri. Mereka juga berada di belakang jika saya diserang ‘keyboard warrior’ tentang sesuatu isu.

Dalam kenyataan terkininya Fasha mendedahkan beliau mempunyai pengalaman hitam tersendiri dilalui bersama peminat fanatik. Bagaimanapun, selepas pengalaman tersebut Fasha nekad untuk ditemani pengurus setiap kali berada di kawasan awam.

Saya ada pengalaman diekori peminat fanatik sehingga ke kereta dan ada juga cuba mengganggu tapi mereka bukan ahli kelab peminat saya. Sebab itu saya akan sentiasa pastikan dikelilingi orang yang menjaga saya sebagai langkah keselamatan.

Beliau turut mendedahkan ada ketikanya terpaksa menolak pelawaan peminat untuk mengambil gambar dalam situasi tertentu yang tidak mengizinkan. 

Saya akui ada masa yang tidak sesuai untuk memenuhi permintaan mereka untuk bergambar seperti ketika saya sedang sibuk bersama anak-anak. Tapi saya akan menolak cara baik dan beritahu mereka alasan tidak dapat berbuat demikian.

Dalam kenyataan lain, Fasha bersyukur kerana kehadirannya masih diterima ramai walaupun sering diburu kontroversi. 

Ini usia kematangan saya dan sudah tentu saya harapkan yang baik-baik sahaja selain memperbaiki diri. Tahun ini merupakan tahun kebangkitan saya dan saya bersyukur walaupun sudah pelbagai dugaan saya lalui, saya masih diberi peluang untuk berada dalam industri ini. 

fasha sandha diekori diganggu sampai ke kereta 2

fasha sandha diekori diganggu sampai ke kereta 3

Kredit foto: Instagram Fasha Sandha

Sumber berita: Mstar & beritamemey.blogspot.com




Hakcipta iluminasi.com (2017)