Oleh pada 18 Apr 2017 kategori

Adakah anda sering tertanya tanya di mana wang anda habis dibelanjakan? Setiap bulan dapat gaji tetapi tidak pernah cukup, malahan setiap tahun ada kenaikan gaji pun perbelanjaan melebihi daripada pendapatan. Kenapa ia terjadi? Begitu juga dengan akaun bank sesetangah orang, setiap hujung bulan pasti baki tidak mencukupi untuk membuat pengeluaran wang. Bagaimana nak menutup lubang halimunan ini supaya poket tidak bocor keluar begitu sahaja? Disini ada jawapan untuk persoalan anda, tim iluminasi cuba rungkaikan permasalahan yang sering berlaku dikalangan masyarakat kita.

rancang kewangan anda

Berbelanja lebih dari pendapatan

Tak salah kalau nak tingkatkan gaya hidup tetapi salah apabila anda tidak mempunyai duit perbelanjaan yang lebih. Anda mungkin tertanya tanya dimana wang anda dibelanjakan, sedangkan duit perbelanjaan yang sepatutnya digunakan untuk perbelanjaan harian tetapi apabila digunakan untuk tujuan meningkatkan gaya hidup tentu sekali ia akan menjerat anda. Jika anda tetap juga hendak meningkatkan gaya hidup mewah, pastikan anda berkerja keras untuk menambah pendapatan. Apa guna bergaya kalau simpanan pun tiada, lebih baik menyimpan daripada melabur untuk gaya hidup.

Cuba juga untuk menjaga perbelanjaan anda pada tahap yang konsisten dan mencari jalan untuk meningkatkan pendapatan anda supaya duit perbelanjaan anda mencukupi serta mempunyai simpanan tetap. Itu adalah langkah pertama untuk keluar dari masalah kewangan.


Tidak menangani masalah dan merancang masa hadapan

Selalunya jika manusia mempunyai sebarang masalah, kebanyakkan daripada mereka cuba untuk lari dari masalah tersebut tanpa memikirkan jalan untuk menyelesaikannya.Itu yang menyebabkan akan berlakunya tekanan pada anda jika tidak menanganinya. Begitu juga dengan kewangan, secara umumnya orang lebih memberi tumpuan kepada keperluan semasa mereka tanpa menghiraukan perbelanjaan masa hadapan yang akan datang kelak. 

Jadi, anda perlu ambil perspektif dan inisetif setiap kali anda membuat keputasan kewangan anda. Walaupun ia adalah baik untuk membelanjakan kewangan pada masa kini namun menyimpan pada masa hadapan adalah lebih baik berbanding berbelanja begitu sahaja. Anda wajib merancang kewangan masa hadapan anda.


Tidak mulakan simpanan

Masa kecil lagi anda didedahkan dengan kebaikkan menabung. Kita sering dengar peribahasa "sedikit demi sedikit , lama-lama jadi bukit", ia membawa maksud duit yang sedikit jika disimpan lama kelamaan akan menjadi banyak. Kebanyakkan orang muda lebih seronok untuk berbelanja apa yang mereka ingini. Mereka sering berfikir masih awal untuk melakukan simpanan atau pelaburan. Ia merupakan cara fikir yang salah, tiada istilah terlalu awal untuk menyimpan. Tidak kira gaji anda besar atau kecil anda tetap kena mulakan kempen simpanan anda mulai sekarang.

Simpan dulu sebelum anda memulakan perbelanjaan anda. Setelah ada simpanan, belanjalah lebihan duit yang ada.

mulakan simpanan anda

Tidak menyimpan rekod kewangan

Kita semua tahu dari mana wang kita datang atau ke mana wang tersebut berakhir. Malangnya ada juga yang tidak tahu ke mana wang belanja datang dan berlalu pergi. Selalunya kita sedar tentang perbelanjaan utama kita seperti bayaran ansuran rumah,kereta dan lain-lain tetapi kita tidak sedar ke mana perginya perbelanjaan yang lain selain perbelanjaan utama tersebut. Selalunya perbelanjaan kecil-kecilan inilah yang menyebakan perbelanjaan kita menjadi besar. 

Idea yang terbaik adalah dengan menyediakan rekod perbelanjaan wang masuk dan keluar tidak kira perbelanjaan itu kecil mahupun besar. Cara ini juga dapat membantu anda untuk mengawal perbelanjaan supaya lebih teratur dan sistematik.


Tidak berbelanja mengikut pendapatan

Dalam usaha untuk menyelamatkan wang anda dari berbelanja benda yang tidak sepatutnya, ana perlu mengambil penekanan untuk berbelanja apa yang perlu sahaja. Anda perlu fikir apa yang anda wajib ada,harus ada dan tidak perlu ada kerana anda perlu mengutamakan sasaran kewangan anda. Jika menjadi kaya adalah matlamat anda, maka anda perlu mengorbankan beberapa keseronokan semasa anda sama ada suka atau tidak dan berusaha keras lagi untuk tingkatkan pendapatan anda.

Matlamat anda perlu jelas supaya anda berada di jalan yang betul.


Mengabaikan hutang anda

Tahukah anda, faedah yang anda bayar dari pinjaman adalah sangat besar bila di kira balik. Memang sakit apabila melihat keseluruhan faedah yang anda perlu bayar kepada bank. Namun kebanyakkan orang tidak tahu dan tidak peduli untuk keluar dari beban yang ditanggung ini yang kadang membuat anda tidak ada sebarang simpanan langsung. Jadi anda perlu mengambil sekeping nota dan mula senaraikan hutang anda dan cuba untuk menghabiskan hutang dengan cepat supaya ringan beban yang anda akan tanggung nanti. Mula merancang sekarang.





tags : , , , ,









/ / /
Hakcipta iluminasi.com (2017)