Oleh pada 20 Mar 2017 kategori

Jika anda seorang peminat bola sepak, anda sedia maklum sesudah tamat sesuatu perlawanan bola sepak akan ada pengumuman mengenai anugerah pemain terbaik perlawanan. Selalunya jurulatih kedua-dua pasukan dan pemain terbaik perlawanan akan ditemuramah oleh para wartawan untuk memberikan mereka peluang memberikan pendapat tentang perlawanan yang baru sahaja tamat dan juga membolehkan mereka berterima kasih kepada ahli keluarga dan para peminat.

Ketika ditemuramah, adalah menjadi satu kebiasaan sekiranya seseorang pemain itu mengucapkan terima kasih kepada isteri, ibu bapa, ahli keluarga dan rakan sepasukan. 

Walaupun begitu, bagaimanakah agaknya sekiranya anda tercakap sesuatu yang tidak sepatutnya ketika sesi temuramah itu disiarkan secara langsung di kaca televisyen? 

Itulah yang terjadi kepada seorang pemain bola sepak daripada kelab Free State Stars, Mohammed Anas apabila beliau secara tidak sengaja telah menyatakan penghargaan kepada teman wanita (girlfriend) beliau! Pada masa yang sama beliau turut menyatakan penghargaan kepada isteri beliau. Hahah. Beliau telah dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan apabila menjaringkan dua gol untuk membantu pasukannya mengikat kedudukan 2 - 2 menentang kelab Ajax Capetown.

"Firstly I appreciate my fans. My wife and girlfriend"

Sebaik sahaja telah berterima kasih kepada teman wanitanya, beliau tiba-tiba tersedar baru sahaja melakukan satu kesilapan besar dan cepat-cepat memperbetulkan ucapannya. Walaubagaimanapun, ianya mungkin sudah terlambat memandangkan temuramah itu telahpun disaksikan oleh berjuta penonton di kaca televisyen mereka.

"I'm so sorry my wife! I love so much from my heart"

Agaknya apalah nasib beliau setelah pulang ke rumah ye? Haha. Jom tonton video temuramah ini:

Perkara ini amatlah memalukan memandangkan beliau sudahpun berkahwinan. Ianya pasti menjadi pengalaman pahit buat beliau dan menjadi pengajaran paling bermakna buat pemain lain agar lebih berhati-hati apabila memberikan ucapan ketika ditemuramah terutamanya apabila ianya disiarkan secara langsung.




Hakcipta iluminasi.com (2017)