Oleh pada 15 Aug 2017 kategori

Kredit foto: Mstar

Baru-baru ini, seorang pelakon senior telah tampil bersuara lantang mengkritik pelakon-pelakon baru yang digelarkannya sebagai "pelakon kayu" kerana kualiti lakonan yang didakwa tidak setara dengan rupa paras dan populariti mereka.

Kenyataan pelakon tersebut menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen, ada yang menyokong, tak kurang ada juga yang tidak berpuas hati.

Bagaimanapun pengarah tersohor Aziz M.Osman telah memuat naik sebuah tweet yang dipercayai ditujukan kepada pelakon tersebut.

Aziz menerusi tweet sinisnya dilihat tidak menyenangi kritikan pelakon itu yang pada awal pembabitannya juga mempunyai mutu lakonan seperti "kayu." 

pelakon lama kritik pelakon kayu ini respon panas aziz m osman 2

Kredit foto: Twitter Aziz M.Osman

Rata-rata netizen memberikan sokongan kepada pendapat Aziz. Malah aktres terkenal Ida Nerina juga turut memberi respon dengan emoji ketawa besar yang seolah-olah mentertawakan pelakon senior itu. 

pelakon lama kritik pelakon kayu ini respon panas aziz m osman 3

pelakon lama kritik pelakon kayu ini respon panas aziz m osman 4

pelakon lama kritik pelakon kayu ini respon panas aziz m osman 5

Kredit foto: Twitter Aziz M.Osman & Beautifulnara

Semua orang bermula daripada bawah. Tak salah rasanya untuk memberi masa kepada pelakon-pelakon baru ini mengasah bakat mereka melalui pengalaman. Jika tidak, tak adalah pelapis yang akan menggantikan pelakon-pelakon hebat yang ada sekarang, bukan? 




Hakcipta iluminasi.com (2017)