Oleh pada 06 Aug 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Ashraf Sinclair

Seminggu lalu pelakon Ashraf Sinclair telah ditahan polis di negara Indonesia.

Berita itu didedahkan sendiri oleh aktor berkenaan menerusi laman Instagramnya yang mana turut disertakan dengan foto tangannya sedang digari oleh pihak polis.

pelakon ashraf sinclair ditahan polis di indonesia 2

Kredit foto: Instagram Ashraf Sinclair

Lain kali... jangan buat Do(s)a .

Bagaimanapun kapsyen foto tersebut menimbulkan tanda tanya ramai apabila perkataan dosa ditulis menggunakan simbol Do[s]a.

Hasil siasatan mendapati rupanya babak tersebut hanyalah lakonan semata-mata dalam drama mini siri terbaru Ashraf yang berjudul Do[s]a.

Difahamkan, Ashraf kini sedang menjalani penggambaran di negara republik tersebut.

pelakon ashraf sinclair ditahan polis di indonesia 3

Kredit foto: Instagram Ashraf Sinclair

Sedikit info tentang Do[s]a, drama ini turut dibintangi oleh nama-nama besar lain antaranya Remy Ishak, Hisham Hamid, Reuben Elishama, Shenthy Feliziana (bekas pengacara HLive!) dan ramai lagi.

Drama aksi yang menggabungkan pelakon dari Malaysia, Indonesia dan Singapura itu turut membawa Cecep Abdul Rahman sebagai kareografer seni mempertahankan diri di mana beliau diberi tanggungjawab sepenuhnya untuk melatih para pelakon dalam seni silat.

Diarahkan oleh pemenang Anugerah Pengarah Terbaik Citra Award, Indonesia, Ifa Isfansyah, Do[s]a bakal ditayangkan di Astro tidak lama lagi.  




Hakcipta iluminasi.com (2017)