Oleh pada 10 May 2017 kategori

do not smile at strangers in russia

Di mana sahaja kita tinggal atau ke mana saja kita lawati, pasti ada adat dan budaya yang perlu kita hormati. Seperti di negara kita, jika pelancong melawat Malaysia dan berkunjung ke rumah anda, pastinya anda mahu mereka mengikut adat dan budaya kita, contohnya seperti menanggalkan kasut sebelum masuk ke rumah. Sama seperti mereka, kita perlu menghormati adat dan budaya mereka juga, bak kata pepatah, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak.

tokyo 97

Iluminasi.com ingin berkongsi dengan anda mengenai adab serta pantang larang yang anda perlu tahu ketika melawat ke negara-negara ini.


Norway

norway

1. Jangan renung orang berbogel. Di Norway, mereka tidak terlalu kisah mengenai berbogel. Sama ada lelaki atau wanita, sebagai contoh, mereka akan menukar pakaian di tempat awam seperti di pantai-pantai tanpa menutup badan mereka, namun ia tidak memberi kebenaran kepada anda untuk melihat dan merenung.

2.  Jangan soal mereka mengenai gereja. Kebanyakan daripada mereka tidak pergi ke gereja, dan jika anda soal mereka mengenainya ia dianggap mengganggu, biadap dan pelik.


Jepun

jepun 366

1. Jangan berikan tip. Berbeza dengan Amerika, memberi tip bukanlah sebahagian daripada adat mereka. Jangan tinggalkan walaupun duit syiling, mereka akan mencari anda dan memberikannya semula kepada anda.

2. Ketika menaiki eskalator, berdiri di sebelah yang betul. Jika anda di Tokyo, berdiri di sebelah kiri, dan di Osaka pula, berdiri di sebelah kanan. Ikut apa sahaja yang mereka lakukan.


Russia

russia

1. Jangan berikan bunga dalam bilangan genap. Orang Russia hanya memberikan bunga dalam bilangan genap ketika jika ada kematian atau menghadiri pengebumian sahaja. Jika anda ingin menghadiahkan bunga pada majlis lain, berikan dalam bilangan ganjil, contohnya 1,3 atau 5.

2. Jangan bergantung kepada kad kredit. Ini kerana kebanyakan tempat di Russia hanya menerima wang tunai.


Singapura

singapore

1. Anda boleh dikenakan saman untuk pelbagai kesalahan di Singapura. Antaranya adalah memberi makan kepada burung, meludah, kencing atau merokok di tempat awam, makan atau minum dalam kenderaan awam, buang sampah merata-rata dan banyak lagi.


Croatia

croatia

1. Jangan tunjukkan ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah dalam masa yang sama. Ianya dikenali sebagai tabik hormat tiga jari oleh orang Serbia, jadi dengan melakukan perbuatan ini, orang Croatia mungkin akan tersalah anggap anda adalah nasionalis dari Serbia, yang merupakan sesuatu yang boleh memberikan anda masalah besar di sana.


Kenya

kenya

1. Hormat semua agama. Hampir semua rakyat Kenya yang anda temui adalah beragama, jadi anda perlu menghormati dan tidak merendahkan sesuatu agama.

2. Banyakkan bersabar mengenai masa. Hampir kesemua urusan di Kenya tidak menepati masa, kecuali beberapa mesyuarat perniagaan atau waktu bank tutup. Semua urusan akan lewat, ianya biasa, jadi jangan marah atau tak sabar. Belajar ikut cara mereka.

3. Jangan panggil seseorang menggunakan nama pertama. Encik, cik, atau Doktor adalah diterima. Jika anda tidak mengetahui nama seseorang, panggil mereka dengan panggila encik atau cik. Jika mereka memperkenalkan diri mereka menggunakan nama pertama, barulah anda boleh menggunakannya.


New Zealand

hakka

1. Jangan keliru antara orang New Zealand dan orang Australia. Mereka sangat benci perkara ini. Ini adalah kerana ramai yang salah anggap mereka adalah sama dengan orang Australia.

2. Jangan bergurau mengenai ragbi, Lords of the Rings atau Ratu England. All Blacks adalah sebuah pasukan ragbi, dan kemungkinan dianggap sebagai agama bagi mereka. Hakka adalah sebuah laungan yang dilaungkan sebelum menghadapi perang. Jadi jangan sesekali bergurau mengenainya.


Turki

istanbul

1. Jangan membuat tanda okay menggunakan ibu jari dan jari telunjuk. Mungkin bagi negara lain ia dianggap sebagai tanda baik dan normal, tetapi di Turki, perlakuan ini dianggap sebagai sesuatu yang lucah.

okay sign

2. Jangan hembus hingus atau cungkil gigi di tempat awam. Orang Turki mengganggap perbuatan ini adalah tidak sopan apabila dilakukan di restoran atau kafe.


Perancis

perancis 109

1. Jangan cakap mengenai wang. Orang Perancis menganggap perbualan mengenai wang adalah topik yang 'kotor' dan ia adalah satu pantang larang dari orang-orang tua di negara itu. Sebagai contoh, anda boleh memberitahu kepada orang bahawa anda berhenti kerja kerana gaji yang rendah, tetapi jangan beritahu berapa gaji anda.

2. Jangan harapkan mereka bertutur bahasa Inggeris. Sistem pendidikan Perancis sangat teruk dalam mengajar bahasa asing. Kebanyakan orang tua di sana hanya tahu sedikit, atau mungkin tak tahu langsung berbahasa Inggeris. Pengalaman penulis sendiri semasa di Perancis bersetuju dengan kenyataan ini. Jika ditanyakan dalam bahasa Inggeris, mereka sukar untuk menjawab atau tidak akan menjawab langsung.


Chile

chile

1. Jangan makan apa-apa pun menggunakan tangan. Akhlak dan adab adalah lebih formal di Chile. Ini amat bertentangan dengan budaya dan adab kita di Malaysia. Jika di Malaysia kita lebih selesa makan menggunakan tangan, namun di Chile, biarpun ia hanyalah kentang goreng, anda perlu menggunakan pisau dan garfu. Pelik kan?


Jerman

germany

1. Jangan lakukan tabik hormat Nazi. Ya, jangan sesekali, walaupun hanya untuk bergurau. Ia merupakan satu jenayah, dan setiap tahun terdapat pelancong yang ditangkap atas kesalahan ini. Juga, jangan bawa simbol Nazi bersama anda. Sangat ironi bukan?

nazi 688

2. Jangan merenung orang. Mungkin di mana-mana pun tiada yang menyukai jika mereka direnung oleh orang tidak dikenali, namun ia lebih tidak disukai di Jerman. Anda akan dianggap tidak berpelajaran, ataupun sakit jiwa jika anda merenung orang.

tangan dalam poket

3. Jangan letak tangan dalam poket ketika bercakap. Di Malaysia anda mungkin dilihat sebagai cool dan sempoi, tetapi perlakuan ini dianggap sangat biadab bagi orang Jerman. Dan ia juga merupakan adat untuk meletakkan tangan anda di atas meja ketika makan, dan bukan di atas peha anda.

4. Jangan ucap ulangtahun kelahiran jika belum sampai waktu. Mereka beranggapan sesuatu yang buruk akan berlaku, mungkin kematian, jika anda ucapkannya sebelum tiba masanya. Ini bagi mereka yang percayakan tahyul ini. Namun, bagi mereka yang rational pun akan berasa tidak selesa, kerana ia belum sampai tarikh.


Mexico

mexico2 253

1. Jangan merendahkan orang. Sama seperti negara lain, tiada yang menyukai apabila direndah-rendahkan. Namun di Mexico, mereka sedar negara mereka adalah negara membangun dan terdapat banyak perkara di sana yang lebih mundur dari negara kita. Jangan berkata yang negara anda lebih bagus.

2. Jangan mudah terasa. Orang Mexico mempunyai 'sense of humor' yang tinggi. Tiada apa yang dianggap melampaui batas bagi mereka. Mereka mengejek, mencaci, mencemuh dan menjatuhkan seseorang ketika bergurau dan menjadi rutin harian. Sangat pelik apabila mereka sendiri tidak suka direndahkan, namun mereka yang merendahkan orang lain.


United Kingdom

big ben 883

1. Jangan memotong barisan. Nampak seperti kesalahan kecil, namun bagi mereka, ini adalah satu-satunya jenayah yang mereka rasa hukuman mati patut digunapakai semula, walaupun undang-undang itu telah dimansuhkan.

2. Jangan tanya berapa gaji seseorang. Ia dianggap sangat biadab bagi orang di United Kingdom. Jika anda teringin tahu gaji seseorang, cuba bertanyakan mengenai pekerjaan mereka, di mana mereka tinggal kemana mereka bercuti, dan anda mungkin dapat meneka gaji mereka.


Ireland

irish 419

1. Jangan cuba tiru loghat Irish. Bagi mereka, tiada istilah 'Irish accent' dan loghat mengandungi sejumlah besar maklumat yang tidak dituturkan mengenai seseorang, selain daripada maklumat lokasi.

2. Jangan kedekut. Jika anda berada di bar, jika seseorang menawarkan untuk belanja anda minum, ia masih boleh diterima jika anda berkata anda tidak mempunyai wang dan anda ingin membayar minuman anda sendiri. Sangatlah tidak okay jika anda sertai mereka minum, dan anda tidak membayar untuk pusingan seterusnya.

3. Jangan panggil UK sebagai tanah besar (mainland). Bagi mereka, Perancis adalah tanah besar.


Malaysia

1401177720

1. Jangan ngumpat kerajaan. Nanti kena tangkap. LOL.

Sumber :

1. Business Insider


tags : , , , , ,











Hakcipta iluminasi.com (2017)