Sebagai gunung tertinggi di dunia, kebanyakan orang pasti menjangkakan suhu di puncak Gunung Everest merupakan kawasalan paling sejuk di dunia. Sebenarnya, ia kurang tepat.

Di bahagian utara barat Rusia, terdapat sebuah penempatan atau kampung kecil yang diberi nama Oymyakon. Terdapat kira-kira 500 penduduk yang menghuni bandar ini. Pada waktu musim sejuk atau hari biasa, cuaca di sini boleh mencecah -46 darjah celcius. Cuaca paling sejuk pernah direkodkan disini adalah serendah 67.7 darjah celcius!

BESARKAN TEKS     A-  A+

soviet

Kerana jauh dari bandar lain, Oymyakon agak ketinggalan daripada segi teknologi. Kebanyakan rumah di sana masih menggunakan kayu dan arang untuk menghidupkan api bagi mengekalkan suhu optimum di rumah. Akibat cuaca yang sejuk, tiada aktiviti pertanian yang dapat dijalankan dan kebanyakan mereka hanya makan daging kuda dan rusa.

kereta musim sejuk

Akibat daripada cuaca yang terlampau sejuk ini, penduduk terpaksa menghidupkan enjin kenderaan sepanjang waktu bagi mengelakkan ianya membeku.

Selain itu, disini anda boleh lihat perkara-perkara biasa yang jarang berlaku di tempat lain seperti dakwat pen membeku. Kedengaran agar pelik, tetapi kebanyakan rumah disana masih mempunyai tandas di luar rumah.

lokasi omyakon

Selain itu, sistem hubungan telekomunikasi juga agak teruk disana. Untuk melawat tempat ini, ianya memerlukan perjalanan selama dua hari memandu dari bandar Yakutsk. Kedengaran pelik tapi jangan terkejut, ada juga syarikat agensi percutian yang menawarkan lawatan ke kawasan ini.

Kredit: Dailymail




Hakcipta iluminasi.com (2017)