Jika anda penonton setia America's Next Top Model, mesti anda biasa dengar tagline "easy, breezy, beautiful CoverGirl" yang diungkapkan oleh para model semasa penggambaran iklan komersial CoverGirl.

CoverGirl merupakan salah satu jenama kosmetik terkemuka di Amerika Syarikat. Selama ini jenama itu sering menggunakan wajah selebriti dan model terkemuka seperti Tyra Banks, Katy Perry, Christie Brinkley, Rihanna, Drew Barrymore, Taylor Swift dan ramai lagi.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Namun, CoverGirl telah mengejutkan dunia pada hujung tahun 2016 apabila memilih seorang Muslimah berhijab sebagai wajah baru pilihan jenama itu.

nura afia covergirl muslimah hijab kosmetik antarabangsa 3

Nura Afia merupakan seorang blogger kecantikan yang sering memuatnaik tutorial hijab dan solekan. Beliau telah dipilih menjadi salah seorang duta bagi produk maskara "So Lashy" keluaran CoverGirl. Ini bermakna, wajah Nura Afia turut terpampang dalam iklan komersial dan papan iklan di Times Square.

Menurut Nura Afia, pemilihannya merupakan satu titik bersejarah bagi komuniti Islam di Amerika. Ia dianggap satu kejayaan kecil kerana mampu mengubah persepsi masyarakat luar terhadap wanita berhijab dan Islam secara keseluruhannya.

nura afia covergirl muslimah hijab kosmetik antarabangsa 2

Selama ini, dunia sering dimomokkan dengan sentimen Islamophobia. Banyak cerita wanita Muslim yang menutup kepala ditindas dan dibuli oleh orang yang menganggap Islam itu agama pengganas.

Namun, pemilihan Nura Afia sebagai duta kosmetik terkemuka ini membuktikan bahawa masih ada harapan bagi umat Islam dan secara khususnya, para Muslimah di seluruh dunia.

Nura Afia mempunyai lebih 200,000 subscribers di Youtube dan lebih 300,000 followers di Instagram.

nura afia covergirl muslimah hijab kosmetik antarabangsa 4 409

Selain Nura Afia, CoverGirl juga memilih dua wanita berkulit hitam, seorang wanita Asia-Amerika dan seorang pelakon Latin. Mereka ingin menerapkan nilai kepelbagaian dan keharmonian di mana semua bangsa dan semua jenis kulit boleh menggunakan produk mereka.

Semoga lebih banyak jenama antarabangsa mencontohi CoverGirl dan perlahan-lahan mengenepikan tanggapan tidak enak terhadap orang Islam secara umumnya.

Rujukan:

1. Today.com

2. CNN




Hakcipta iluminasi.com (2017)