Oleh pada 11 Aug 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Coach Yin

Jika anda adalah pengikut setia Instagram jutawan kosmetik Nur Sajat, anda pasti sedar akan foto seorang lelaki yang dikenali sebagai Coach Yin yang sering dimuat naik Sajat. Banyak juga aksi mesra mereka seolah menggambarkan pasangan ini sedang dibuai cinta.

Enggan terus berteka-teki, Sajat dalam kenyataan terbarunya mendedahkan status hubungan tersebut yang disifatkannya masih dalam fasa mengenali hati budi. 

nur sajat dedah status hubungan mengejutkan dengan coach yin 2

Kredit foto: Instagram Coach Yin

Kami berkawan rapat dan saling mengenali hati budi. Diakui buat masa sekarang dia lelaki paling rapat dengan saya. Selain berhubung kerana urusan perniagaan, dia juga menjadi tempat saya berkongsi masalah. Dalam hidup kita perlu ada kawan rapat. Saya macam orang lain juga mengharap yang terbaik dalam hidup. Soal sayang atau rindu, bagi saya ia subjektif. Perasaan itu bukan hanya untuk kekasih tetapi sesiapa sahaja yang rapat dengan kita.

Sumber: Harian Metro

Ini pastinya satu perkembangan yang agak mengejutkan kerana sebelum ini usahawan kosmetik itu pernah dilanda isu status jantinanya yang masih menjadi tanda tanya sehingga ke hari ini. Sedang jantina Sajat menjadi perdebatan dan persoalan, beliau sudahpun membuka bab baru dalam hidupnya dengan mengenali hati budi seorang jejaka. Mungkinkah ini adalah jawapan kepada status jantina sebenar Sajat? 




Hakcipta iluminasi.com (2017)