Di Lautan Hindi, terdapat sebuah pulau kecil yang cantik dan berpenghuni. Pulau ini diberi nama Pulau Utara Sentinel (North Sentinel Island) dan dihuni oleh asli kawasan ini yang dikenali sebagai Sentinelese. Populasi di pulau ini sekitar 400 orang sahaja.

Walaubagaimanapun, pulau ini agak unik di mana mereka tidak menerima kedatangan pelancong atau orang luar ke pulau mereka. Sesiapa yang datang ke sana akan dibunuh atau dicederakan secara teruk. Penduduk di sana sangat membenci orang luar dan tidak mempunyai komunikasi dengan dunia luar.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Pada 2006, sekumpulan nelayan yang sedang menangkap ikan telah berada dengan pulau ini. Mereka dilaporkan telah ditangkap dan dibunuh orang orang Sentinelese ini.

sentinelese

Pada 2004 setelah peristiwa Tsunami, bantuan kemanusiaan yang cuba menghulurkan bantuan ke pulau ini turut mengalami kesukaran menghantar bantuan makanan ke pulau ini kerana telah diusir agar tidak memasuki atau mendekati pulau itu. Helikopter yang cuba menghampiri pulau itu telah diusir dengan panah dan dibaling dengan batu.

Golongan Sentinelese ini merupakan antara beberapa etnik orang asli di dunia yang masih belum menerima teknologi baru. Beberapa usaha untuk menjalinkan hubungan dengan etnik Sentinelese telah dilakukan oleh beberapa pihak termasuk kerajaan India semenjak 1967 menemui kegagalan.

Ini merupakan antara video yang berjaya dirakam berdekatan pulau ini:




Hakcipta iluminasi.com (2017)