Oleh pada 30 Jan 2017 kategori

Noorain Mohd Said, 25 telah berkongsi kisah kejayaannya dimana dengan hanya bermodalkan RM124 kini beliau mampu menjana RM220 ribu sebulan. Produk pertamanya telah dihasilkan ketika zaman belajarnya di Universiti Malaya iaitu produk melicinkan kulit atau 'hair removal'.

Kerana memiliki pendapatan sendiri ketika masih belajar, Noorain Mohd Said berpindah dan menetap di kondominium mewah. Apabila permintaan terlalu tinggi dan stok sering kehabisan, Noorain bercadang untuk membuka kilangnya sendiri di Perak. Walaupun begitu, Noorain tidak mengabaikan pelajarannya sehingga dinobatkan sebagai pelajar terbaik dalam Majlis Anugerah Keusahawanan Kementerian Pendidikan Tinggi pada 2016.

BESARKAN TEKS     A-  A+

noorain mohd said majlis usahawan kementerian pendidikan tinggi

Kata graduan jurusan kimia itu lagi, niat beliau bukan hanya sekadar mahu menghasilkan produk yang menyelesaikan masalah orang ramai. Malah, beliau juga berhajat dan berniat untuk membantu orang lain menjana pendapatan melalui produknya itu. "Majoriti ejen saya adalah rakan-rakan saya dan juga pelajar institusi" katanya lagi.

Norah Beautyline kini memiliki 500 ejen di seluruh negara termasuk Singapura, Brunei dan Indonesia. Sementara itu, minat mendalam dalam bidang perniagaan telah mendorong Nik Nurfarah Fareena Auddin, 28, berhenti kerja sebagai juruaudit di sebuah firma audit antarabangsa dan kemudiannya mengusahakan perniagaan bakeri.

noorain mohd said pengasas norah beautyline

“Perniagaan bakeri ini telah saya usahakan sejak menuntut di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) lagi. Selepas tamat belajar saya mendapat tawaran bekerja di sebuah firma audit tetapi cuma bertahan selama setahun kerana keinginan hati masih tebal dalam bidang perniagaan.“Saya terus memperkembangkan kedai bakeri saya di UMT dengan membuka sebuah lagi di Kuala Lumpur. Tahun lalu saya menerima dua projek daripada Kementerian Pendidikan Tinggi dengan salah satunya merupakan projek bakeri bagi melahirkan kira-kira 30 usahawan muda dalam kalangan pelajar universiti,” katanya.

Tambahnya, ini merupakan sumbangan saya kepada UMT yang selama ini telah banyak memberikan bantuan dan kerjasama sehingga saya mencapai kejayaan ke peringkat ini. Pada MEA 2016, Nik Nurfarah Fareena yang juga merupakan Pengurus Koperasi Mahasiswa Universiti Malaysia Terengganu Bhd. (Kosiswa) telah dipilih sebagai Mentor Keusahawanan Terbaik, sekali gus membolehkannya membawa pulang geran pembangunan keusahawanan bernilai RM5,000 beserta trofi.

norah mohd said rm124 rm220000 ribu sebulan

“Anugerah yang dimenangi ini diharapkan dapat menjadi inspirasi kepada pelajar-pelajar lain untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan selain memberi keyakinan kepada usahawan muda lain untuk kembali berbakti kepada institusi di mana mereka menimba ilmu dahulu,” katanya yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan.




Hakcipta iluminasi.com (2017)