kereta elektrik

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, negara China dilihat lebih giat dalam usaha memelihara alam sekitar. Pada tahun 2015, negara China juga telah melabur wang yang sangat banyak dalam pembangunan teknologi hijau (mesra alam).

Terbaru, kerajaan China melancarkan kempen untuk menggantikan kira-kira 70000 buah teksi yang menggunakan petrol dengan teksi yang dikuasakan oleh tenaga elektrik. Mengikut pelan program menjaga kualiti udara ini, kempen ini dijangka menelan belanja $1.3 bilion memandangkan harga kereta elektrik lebih mahal daripada kereta petrol yakni kira-kira sekali ganda.

teksi china

Selain itu, dengan pertambahan kenderaan teksi elektrik ini juga, kerajaan juga telah merancang untuk menambah jumlah fasiliti tempat mengecaj kenderaan elektrik ini juga.

Selain itu, dengan idea untuk menggalakkan penggunaan kenderaan elektrik, kerajaan China juga diharapkan dapat memberikan subisidi untuk pembeliaan kereta elektrik memandangkan harganya yang lebih mahal berbanding kereta yang dikuasakan oleh petrol.



tags : , , , , , ,









/ / /
Hakcipta iluminasi.com (2017)