Bagi sesiapa yang tidak mengenali Tuan Haji Mohamed Fauzy, beliau adalah pengerusi kumpulan Mofaz yang menjalankan perniagaan kereta mewah, hotel dan banyak lagi. Beliau adalah anak jati Kelantan yang berusaha keras untuk mencapai kejayaannya pada hari ini. Berikut adalah antara nasihat berguna yang disampaikan olehnya kepada saudara Khairul Hakimin dimana artikel awal telah ditulis di apemazing.com

BESARKAN TEKS     A-  A+

Sebelum berniaga sendiri, kerja dahulu untuk cari pengalaman

Sebelum memulakan perniagaan sendiri, Tuan Haji Mohamed Fauzy bekerja selama 13 tahun di Nestle Malaysia. Dengan memegang jawatan pengurus pemasaran, Beliau berjaya membantu Nestle mengaut keuntungan sebanyak RM32 juta dalam tempoh sebulan.

Lakukan lebih dari satu pekerjaan dalam satu masa

Ketika bekerja dengan Nestle, Tuan Haji Mohamed Fauzy juga bekerja sebagai penjual kereta untuk mencari pendapatan sampingan. Dari kerja sambilan (part time), kini sebut sahaja anda mahu kereta apa. Walau berjutaan ringgit harganya, pasti ada dijual oleh Tuan Haji Mohamed Fauzy.

potrait mohamed fauzy

Mahu berniaga, perlu berani

Bukan sebagai penjual kereta mahupun pengurus pemasaran sahaja. Beliau juga berani untuk menjadi franchise syarikat kapal mewah Bayliner pada tahun 90an. Pada ketika ini, beliau memiliki beratus-ratus bot mewah untuk digunakan oleh golongan berada. Selepas beberapa tahun didalam bidang perkapalan, Beliau menceburi bidang penerbangan pula dan menubuhkan Mofaz Air Academy.

Pada tahun 1993, beliau telah membuka syarikat penerbangan tambang murah bermodalkan 2 buah pesawat kapal terbang. Hal ini telah dipersetujui perdana menteri Malaysia pada ketika itu, iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad.

presiden pengerusi mofaz tuan haji mohamed fauzy

Hidup perlu ada visi dan misi

Katanya lagi, sejak kecil beliau sudah berpegang pada visi dan misi beliau iaitu tidak mahu bekerja kerajaan kerana mahu berniaga sendiri. Sekiranya berkerja dengan orang, kita akan dibatasi oleh dinding-dinding yang menghalangi. Susah untuk berkembang dengan lebih besar. Kalau berniaga, dimana-mana kita boleh lakukan. Tidak terbatas dengan orang lain, cuma perlukan usaha yang lebih untuk hasil yang lebih.

Berkawan dengan semua dan jangan bermusuhan

Sepanjang perjalanan perniagaan, pasti ada orang yang akan merosakkan, menjatuhkan, menaikkan, membantu atau memajukan perniagaan kita. Tidak kiralah apa jua yang berlaku, kita perlu berjalan terus dan jangan bermusuhan dengan sesiapapun. Berkawanlah. 

president mofaz

Perlu tahu marketing (pemasaran) pasti akan berjaya

Dewasa kini, ramai anak muda yang menemui kegagalan kerana tidak pandai dalam pemasaran. Kekuatan sesuatu bisnes itu terletak pada bagaimana produk itu sampai kepada pengguna. Jadi kemahiran pemasaran ini adalah amat penting sekali.

Perlu ada ilmu asas untuk ceburi sesuatu perniagaan

Sebelum Tuan Haji Mohamed Fauzy menceburi bidang penerbangan, beliau telah mendapatkan lesen juruterbang di Amerika untuk menimba ilmu penerbangan sebelum terjun ke bidang itu. Jadi kesimpulannya kita perlu tahu apa yang kita buat. Jangan kita buat perkara yang kita tidak tahu.

tuan haji mohamed fauzy

Hargai masa dan gunakan masa sebaiknya

Usahawan perlu banyak usaha untuk memperoleh hasil yang lebih. Jadi untuk memperoleh hasil yang lebih, kita perlu rajin. Nak rajin, kena penuhi masa dengan sebaiknya. Jangan bazirkan masa. Hidup hanya sekali, lakukan yang terbaik untuk diri dan kehidupan anda.

Dipetik dari : Khairul Hakimin @ apemazing




Hakcipta iluminasi.com (2017)