Oleh pada 25 Apr 2017 kategori

bayi islam nama larangan dalam islam

(Gambar hiasan)

Satu pasangan suami isteri di Amerika Syarikat telah membuat tuntutan mahkamah untuk menamakan anak ketiga mereka dengan nama "Allah" setelah permohonan mereka ditolak oleh Jabatan Kesihatan Georgia kerana kedua-dua mereka tidak mempunyai nama keluarga yang berakhir dengan "Allah".

Kesatuan Hak Kebebasan Awam Amerika telah mengemukakan tuntutan mahkamah pada bulan lepas bagi pihak pasangan itu atas alasan setiap ibu bapa mempunyai hak mutlak untuk memilih nama keluarga atau nama setiap anak.

pasangan mahu letak nama anak dengan perkataan allah

Namun, mahkamah akhirnya membenarkan anak kepada pasangan Elizabeth Handy dan Bilal Asim Walk yang berusia hampir 2 tahun itu untuk diberi nama Zalykha Graceful Lorraina Allah.

Walau bagaimanapun, pemberian nama menggunakan perkataan Allah ini ditentang keras oleh Nihad Awad, Ketua Pengarah Majlis Perhubungan Islam-Amerika, kerana perkataan Allah itu memberi makna "tuhan" dalam bahasa Arab.

nihad awad ketua pengarah

Menurut Nihad, terdapat nama terbitan lain seperti Abdullah yang membawa makna "hamba Allah" yang masih boleh digunakan. Penggunaan perkataan Allah begitu sahaja untuk nama manusia adalah sangat tidak patut dan menunjukkan pasangan itu sangat tidak sensitif.

Pasangan itu sudahpun mempunyai dua orang anak berusia 17 dan 3 tahun yang menggunakan nama keluarga "Allah" dan kini mereka sedang menantikan kelahiran cahaya mata keempat. Anak pertama mereka sebelum ini dinamakan Masterful Mosirah Aly Allah namun tidak pernah mendapat tentangan. Menurut pasangan ini, mereka hanya sukakan perkataan Allah yang memberi gambaran "mulia" dan tidak bermaksud mahu menyinggung sesiapa.

janganlah letak nama pelik pelik pada anak kesian mereka

Kami kurang pasti sama ada pasangan ini beragama Islam ataupun tidak. Sekiranya mereka memang beragama Islam, sepatutnya mereka kajilah dahulu dan bertanya pada mereka yang lebih arif.

Ada sesetengah nama dalam Asmaul Husna yang diharamkan penggunaannya untuk manusia kerana sifat itu dikhususkan untuk Allah S.W.T sahaja. Sebagai contoh, nama Malik al-Mulook atau Malik al-Amlaak yang memberi makna "Raja segala Raja" tidak dibenarkan untuk diguna oleh manusia.

Selain itu, kita juga tidak dibenarkan menggunakan ganti nama 'al' diikuti dengan nama Allah seperti al-Ahad, al-Razzaq ataupun al-Awwal.

Nama daripada Asmaul Husna yang dibenarkan untuk diguna begitu sahaja tanpa terbitan lain adalah seperti 'Ali dan Rasheed.

sebaik baik nama di sisi allah adalah abdullah dan abdur rahman

Menurut Ibnu Umar Radhiallahu 'Anhu yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya "Sebaik-baik nama kamu di sisi Allah 'azza wa jalla ialah Abdullah dan Abdur Rahman".

Harap tak adalah ibu bapa di Malaysia yang nak buat jadi ikutan pula perangai pasangan Amerika ini. Sebelum beri nama pada anak, bolehlah bertanyakan pada alim ulama yang lebih mengetahui. Ataupun nak senang, beri sahaja nama baik yang mudah-mudah daripada Al-Quran yang sudah diketahui maksudnya.

Kami juga dengar khabar bahawa sesetengah group di Facebook menyenaraikan nama-nama anak untuk di'booking', kemudian ada peraturan bahawa ibu bapa lain diharamkan menggunakan nama yang sama. Kalau nak guna juga, diwajibkan minta izin terlebih dahulu daripada admin atau ibu bayi tersebut.

tak perlu kebenaran sesiapa untuk menamakan anak pilih saja nama yang baik baik

Kamonlah orang Melayu. Tidak perlu jadi puak pelampau. Allah pun beri keizinan guna nama-nama Nya. Nabi Muhammad pun bagi kebenaran guna nama Baginda. Kita ni siapa nak buat peraturan sampai begitu?


1. Fox News

2. Reuters

3. Syariah Online

4. Darul Kautsar

5. Islam Q&A


tags : , , , , , , , ,











Hakcipta iluminasi.com (2017)