Berita baik bagi anda yang selalu kemurungan terperangkap di dalam kesesakan jalanraya. Dijangkakan kerajaan Malaysia akan mula melaksanakan percubaan dan penukaran sistem tol kepada Sistem Aliran Tol Tanpa Henti (Multi Lane Free Flow / MLFF) secara berperingkat mulai tahun 2018 dan akan dilaksanakan sepenuhnya menjelang tahun 2020.

Dengan adanya sistem tol MLFF, anda tidak perlu lagi memperlahankan kenderaan anda memasuki tol. Sensor sistem baru ini menggunakan RFID sebagai penghubung diantara kenderaan dan sensor pengesan tol. Teknologi MLFF bukan sahaja mampu memudahkan perjalanan kenderaan, bahkan ianya juga boleh digunakan untuk mengenalpasti pesalah di jalanraya, pengawalan trafik, dan juga pengawasan cukai jalan kenderaan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

keratan utusan 9 march 2017

Menurut Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, projek perintis bagi sistem terbabit telah dimulakan di Taman Teknologi Malaysia (TPM) bersama syarikat swasta dengan dana daripada Kementerian Sains, Tek­no­logi dan Inovasi (MOSTI).

multi lane free flow di brazil

Antara faktor yang menyebabkan kelewatan implementasi MLFF

  • Memerlukan perubahan dan pindaan undang-undang.
  • Memerlukan kerjasama dan persetujuan agensi-agensi kerajaan.
  • Memerlukan implementasi cukai jalan kenderaan beserta tag RFID.

Kebaikan Multi Lane Free Flow

  • Anda tidak perlu memperlahankan kenderaan memasuki tol.
  • Sistem yang sangat efisyen, digitalisasi, dan boleh mengelakkan fraud.
  • Pengurangan kos penyelenggaran dan pengurusan sistem tol.

tol tanpa henti bermula tahun hadapan pb5

Keburukan Multi Lane Free Flow

  • Pengurangan peluang pekerjaan
  • Memerlukan sistem yang sangat berkuasa tinggi dan diyakini bagi mengelakkan kesilapan teknikal justeru boleh menyebabkan kerugian.
  • Memerlukan sistem komunikasi rangkaian yang berkuasa tinggi bagi mengelakkan sistem offline.
  • Kos implementasi yang tinggi dalam penyediaan sistem dan infrastruktur.

Rujukan :

1. TheSunDaily

2. MOSTI

3. Mitsubishi Heavy Industries

4. Wikipedia MLFF




Hakcipta iluminasi.com (2017)