Seorang rakyat Malaysia bersama tiga lagi rakan baiknya yang berasal dari Singapura bekerjasama menyelamatkan dua buah rumah tradisional Jepun di daerah Kyoto daripada dirobohkan untuk menjadi tapak meletakkan kenderaan. 

Rumah-rumah kayu dua tingkat itu telah dibina lebih 100 tahun ketika zaman Meiji sekitar 1868-1912 dan masih kekal berdiri walaupun telah menempuhi dua perang dunia.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Empat sahabat ini telah berjaya engumpulkan dana untuk menyelamatkan tanah di mana rumah itu dibina setelah mendapat tahu ada pembeli lain yang berniat untuk membina tempat letak kereta di situ. Kini rumah itu telah ditukarkan menjadi kediaman perkhidmatan yang dinamakan Shimaya Stays. Perkataan "Shimaya" itu diinspirasikan daripada perkataan Jepun bagi Singapura (Shingaporu) dan Malaysia (Mareshia).

rumah tradisional jepun shimaya stays

Idea itu datang daripada Lee Yong Chye, warga Singapura yang telah menghubungi usahawan dari Malaysia, Benjamin Lim dan dua lagi rakan iaitu Gian Yi-Hsen yang berada di Amerika Syarikat dan Richard Tan.

Keempat-empat rakan ini sangat cintakan budaya, makanan dan segala perkara berkaitan Jepun. Mereka juga tertarik dengan lokasi rumah ini yang berada di mukim Higashiyama dan boleh berjalan kaki ke tempat menarik seperti tokong Yasaka dan Kuil Kiyomizu-dera yang terkenal di Kyoto.

Setelah berjaya membeli tanah itu pada tahun 2014, mereka memulakan kerja-kerja pemulihan yang menggunakan kepakaran dan tenaga kerja orang Jepun sendiri. Ini kerana mereka mahukan struktur asal dan dinding rumah itu dijaga dan perabot seperti katil dan meja makan dibuat sendiri untuk menjaga feel dan keaslian rumah.

proses restorasi rumah ini menggunakan kepakaran orang jepun sendiri

Rumah tradisional Jepun ini boleh memuatkan 5-6 orang dan mempunyai 3 bilik. Dua bilik mengekalkan penggunaan tikar tatami dan satu daripadanya menggunakan katil ala barat. 

Untuk maklumat lanjut mengenai rumah ini, boleh layari laman web Shimaya Stays.




Hakcipta iluminasi.com (2017)