Oleh pada 22 Mar 2017 kategori

Jika kita mahukan sesuatu atau kejayaan, walaupun dimana kita berada, kita pasti akan mencecapinya. Bak kata pepatah "Jika ada kemahuan, disitu ada jalan".

Sama seperti cerita remaja cekal ini, Farrah Marcella, pelajar SMK Seri Kota Puteri, yang telah berjaya mendapat 6A 1B 1C di dalam peperiksaan SPM 2016 yang lalu. Cerita ini diceritakan oleh guru dan juga ibu angkatnya, Cikgu Suraya Abdul Rahim, yang membantu beliau mencapai kejayaan ini. Berikut adalah cerita dari ibu hebat ini.

BESARKAN TEKS     A-  A+

cc 230

Farrah Marcella dan adik-adiknya ditinggalkan oleh bapa mereka beberapa tahun lalu dan tidak mempunyai tempat tinggal. Beliau yang tidak berkemampuan, hanya mampu menumpang hidup di pusat snuker bersama adik-adiknya. Berteduh, berpuasa dan beraya semua di pusat snuker tersebut.

Kerana kerap tidak hadir ke sekolah semasa di tingkatan 4, beliau dibuang oleh pihak sekolah. Apabila di tingkatan 5, beliau pergi mendaftarkan diri sendiri. Namun, setelah beberapa bulang, beliau tidak hadir ke sekolah.

"Apabila tidak hadir lagi ke sekolah di tingkatan 5, ramai yang mencari dia. Saya lihat dia susah dan jika saya tak bantu, ia merupakan satu kerugian besar kerana saya nampak dia mempunyai potensi yang tinggi"

- Cikgu Suraya

17362584 442916019381408 1883550819517158916 n

Beliau dibawa pulang dan tinggal bersama di rumah guru ini dan juga dijadikan anak angkat. Beliau juga diberikan tuisyen oleh Puan Suraya. Hanya dalam tempoh 2 bulan setengah sahaja, atas berkat dan usaha adik Farrah Marcella dan Puan Suraya yang tak mengenal erti penat ini, akhirnya, beliau dikurniakan kejayaan.

Kami sangat kagum dan berbangga dengan anak muda ini. Walaupun serba kekurangan termasuk kekurangan kasih sayang daripada ibu dan bapa, beliau membuktikan yang beliau mampu mengangkis semua halangan itu dan berjaya dalam pelajaran. Kami berdoa dan mengucapkan selamat maju jaya kepada adik Farrah Marcella, semoga beliau diberikan kekuatan dan kejayaan dunia akhirat. Kepada Cikgu Suraya, wanita seperti anda adalah satu rahmat kepada masyarakat, dan kita amat memerlukan lebih ramai manusia seperti ini.




Hakcipta iluminasi.com (2017)