Oleh pada 04 Feb 2017 kategori

Ipoh - Harini heboh di media sosial dan dikalangan masyarakat Perak mengenai menteri besar mereka, Dato Zambry Abd Kadir yang dikatakan berpaut pada lori sampah Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan bersama-sama dengan pekerja MBI mengutip sampah di sekitar Ipoh.

Ramai yang terkejut dengan perbuatan menteri besar ini. Dr Zambry dikatakan sangat ceria dan enyambut salam semua orang dengan senyuman. Pekerja pembersihan Majlis Bandaraya Ipoh juga sangat terkejut kerana mereka tidak menyangka seorang menteri sanggup bersama-sama mereka melakukan pekerjaan yang mengotorkan tangan seperti itu.

Zambry berkata, hal ini bukan untuk mencari publisiti murahan, tetapi untuk menyedarkan masyarakat betapa pentingnya kebersihan alam sekitar. Pada masa saya saya juga boleh mendalami proses kerja MBI dan memahami persekitaran penduduk.

Banyak bandar di luar negara sangat bersih kerana semua orang menjalankan tanggungjawab kebersihan bersama-sama. Jadi hari ini, saya harap bukan hanya menteri tahu jaga kebersihan, orang lain pun patut turut serta. 

Saya risau dengan pembuangan sampah tanpa permit atau pembuangan sisa industri yang berleluasa dewasakini. Katanya lagi. Banyak laporan yang saya terima dari MBI. Hal ini perlu dititikberat mulai saat ini.

Nota editor : Kita perlu ubah kesedaran masyarakat bahawa kebersihan bukan tanggungjawab pencuci atau makcik cleaner di sesebuah lokasi. Ianya tanggungjawab kita bersama. Kebersihan asas keimanan.


tags : , ,











Hakcipta iluminasi.com (2017)