Oleh pada 09 Aug 2017 kategori

Nanas adalah buah yang mengandungi nutrisi tinggi serta memiliki rasa yang lazat dan menyegarkan. Nanas sangat mudah didapati di Malaysia pada setiap musim. Tidak hanya sedap sahaja, buah nanas yang berwarna kuning cerah ini juga banyak terkandung di dalamnya untuk kita vitamin, mineral, antioksidan, dan enzim yang bersifat semulajadi untuk membantu proses pencernaan, meredakan kesakitan urat serta mengurangi peradangan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Ketika memilih buah Nanas pastikan anda memilih buah yang berat. Perlu diingatkan bahawa lebih berat buah itu maka lagi baik kandungan buah tersebut. Itu juga menandakan buah itu sudah matang atau masak. Pilih buah yang memiliki daun berwarna hijau gelap kerana itu juga menandakan ia telah masak. Anda juga boleh menghidu baunya untuk mengesan adakah ia sudah masak ataupun tidak. Jika sudah masak baunya akan menjadi harum dan tidak hapak.

Mengikut kajian yang telah dilakukan oleh Dr Suri Roowi, Nanas dan betik adalah antara sumber yang baik untuk masalah gout. Ianya disebabkan oleh kehadiran enzim proteolitik yg dikenali sebagai papain dan bromelain. Bromelain banyak terdapat dalam empulur nanas.

nanas atasi masalah gout

Enzim papain dari betik bersifat anti radang, membantu tubuh jadi beralkali dan menghalang peningkatan asid urik. Enzim-enzim ini juga membantu penghadaman protein.

Sumber-sumber alam semulajadi lain yang boleh digunakan adalah seperti misai kucing, buah ceri, saderi, buah belinjau dan kunyit (curcumin). Perlu juga kurangkan makanan tinggi purine iaitu organ dalaman seperti hati dan juga "seafood" (kupang, ketam, sardin, udang dan sotong)

Nanas boleh membantu mengatasi masalah gout. Ini kerana nanas mengandungi enzim bromelain.

Bromelain

Bromelain boleh membantu mengurai asid urik kristal dan mengurangkan kesakitan yang disebabkan oleh gout. Ia banyak terkandung pada bahagian tangkai buah nanas, kulit, jambul dan empulur (empulur nenas pada bahagian yang biasa dimakan) . Bromelain ini juga terdapat dalam isi nenas tetapi pada kadar kuantiti yang rendah.

penyakit gout

Kebaikan Bromelain ini adalah dapat membantu mencegah serangan gout secara berulang, boleh bertindak sebagai antiradang dan boleh mengurangkan rasa sakit.

Enzim bromelain juga, stabil pada kemasaman pH 3.0 hingga pH 6.5 (mungkin kurang sesuai untuk buat jus nenas + limau kasturi @ jus nenas + madu kelulut) sebab akan menyebabkan ia menjadi lebih masam. Kadar enzim akan menurun aktivitinya jika dipanaskan pada suhu melebihi daripada 70°C. Anda disarankan untuk memakan nanas yang segar untuk mendapat kadar enzim yang mencukupi.

Buah nanas bukanlah buah yang menjadi penyebab kepada alahan bahkan disebabkan ia mengandungi Bromelain, ia membantu kepada proses penghadaman. Nanas kaya dengan vitamin C dan pengambilan vitamin c secara berlebihan tidaklah membahayakan. Ini disebabkan ia merupakan vitamin yang larut air dan dibuang melalui air kencing. Walaubagaimanapun, sentiasa beringat bahawa jika terlebih dos vitamin c ia akan menyebabkan sistem dalaman badan menjadi tidak sihat yang menyebabkan berlakunya sakit perut, muntah, sakit kepala dan pedih ulu hati

Selamat mencuba petua yang telah diberikan ini. Diharap dengan adanya petua memakan buah nanas ini dapat membantu anda untuk meredakan sakit gout. Pastikan anda mendapat nasihat daripada doktor jika terdapat simptom berterusan.

Sumber : Dr. Suri Roowi , Principal Scientist & Deputy Director Food Designing MARDI




Hakcipta iluminasi.com (2017)