Mungkin kebanyakan daripada kita biasa mendengar sukan marathon, duathlon, triathlon dan swimathon. Pernahkah anda dengar mengenai cybathlon?

Sekiranya orang kelainan upaya (OKU) mempunyai penganjuran sukan edisi mereka yang digelar paralimpik, cybathon pula adalah sukan gabungan antara manusia dan teknologi robotik. Cybathlon baru diperkenalkan pada tahun 2016 dan diperkanalkan oleh ETH Zurich dengan kerjasama Swiss National Center of Competence in Robotics Research bertujuan untuk mempromosi dan memperkenalkan teknologi bionik.

BESARKAN TEKS     A-  A+

bionic wheelchair

Untuk pertandingan ini, terdapat 6 kategori atau disiplin yang dipertandingkan:

  1. Functional Electrical Stimulation (FES)
  2. Powered Leg Prosthesis Race
  3. Powered Wheelchair Race
  4. Powered Exoskeleton Race
  5. Powered Arm Prosthesis Race
  6. Brain-computer Interfaces (BCI) Race

Dalam pertandingan cybathlon ini, peserta yang dikenali sebagai 'pilot' dibenarkan menggunakan teknologi bionik yang sudah diperkenalka secara komersil ataupun yang masih dalam fasa prototaip.

cybathlon medals

Sementara itu, hadiah bagi pemenang pula akan diberikan kepada peserta dan juga syarikat yang telah membangunkan teknologi bionik yang digunakan oleh peserta tersebut.

Sukan cybathlon ini masih terlalu baru tetapi penganjurannya harus dipuji dalam usaha untuk mempromosi teknologi bionik. Mungkin beberapa tahun akan datang kita dapat melihat lebih banyak peserta dan syarikat yang akan turut serta dan banyak lagi teknologi bionik yang akan diperkenalkan.

leg prosthesis race

Penganjuran cybathlon seterusnya dijangka akan diadakan pada tahun 2020 dan maklumat lanjut boleh diperolehi daripada laman rasmi ETH Zurich. Kredit gambar: ETH Zurich.




Hakcipta iluminasi.com (2017)