Oleh pada 05 Apr 2017 kategori

joging

Sejak kebelakangan ini tersebar di banyak laman web dan laman sosial mengatakan bahawa larian marathon mempunyai kesan buruk iaitu ia boleh merosakkan buah pinggan seseorang. Adakah ianya benar?

Bagi yang tidak tahu definisi marathon, ianya adalah larian jarak jauh yang merangkumi jarak sejauh 42km atau lebih tepat, 42.195km. 

Dakwaan mengenai kesan buruk marathon itu adalah hasil daripada kajian yang dilakukan oleh sekumpulan pengkaji dari Yale University ke atas 22 pelari marathon yang menyertai acara Harford Marathon 2015. Dalam kajian itu, sampel darah dan air kencing pelari telah diambil 24 jam sebelum berlari, sejurus selepas berlari dan sehari selepas peserta menamatkan larian marathon.

lari

Daripada sampel yang diambil ini, para pengkaji ini kemudiannya akan mengfesan beberapa simpton yang merupakan indikator kepada kerosakan buah pinggang antaranya aras serum creatine, kandungan proten dalam air kencing dan sebagainya.

Hasil daripada analisa yang dilakukan mendapati bahawa 82% peratus pelari menunjukkan simpton  Tahap 1 Acute Kidney Injury (AKI) sebaik menamatkan larian. Ianya merupakan sebuah keadaan di mana buah pinggang gagal untuk membersihkan sisa toksik daripada darah. Para pengkaji menjelaskan, perkara ini disebabkan perubahan yang berlaku pada tubuh badan pelari seperti peningkatan suhu badan, dehidrasi, pengurangan aliran darah ke buah pinggan dan sebagainya.

Betul, tapi...

Betul, hasil kajian yang dilakukan adalah tepat tetapi perlu difahami bahawa ianya adalah buat sementara waktu sahaja. Laporan yang dimuatkan dalam American Journal of Kidney Diseases menyatakan kecederaan yang dialami oleh buah pinggang ini adalah sementara dan ianya akan pulih dengan sendirinya dalam tempoh 2 hari.

Namun, ada juga beberapa pihak yang mendakwa kajian yang dilakukan oleh Yale University adalah kurang tepat kerana jumlah sampel yang terlalu kecil untuk untuk sesuatu kajian. Walaubagaimanapun, hasil kajian tersebut telah membuka ramai pihak agar tidak memandang mudah larian marathon sekiranya anda tidak melakukan persediaan yang mencukupi.

stretching

Bagi seseorang yang baru pertama kali menyertai marathon dan kurang latihan, kesannya mungkin lebih teruk lagi berbanding mereka yang sudah lama berlatih dan biasa dengan acara larian jarak jauh. 

Selain itu, bagi yang ini menyertai marathon, persediaan haruslah dilakukan dengan sebaiknya seperti memastikan badan di hidrasi dengan sebaiknya sebelum dan semasa larian marathon. Bagi yang ingin mencuba marathon, seeloknya biasakan dahulu dengan jarak yang lebih pendek seperti 10km dan 21km (half marathon).


tags : , , , ,











Hakcipta iluminasi.com (2017)