Oleh pada 30 Jan 2017 kategori

Kebanjiran pendatang asing ke Amerika Syarikat menjadi masalah utama yang ingin diselesaikan oleh presiden baru Amerika Syarikat iaitu Donal Trump. Namun begitu jurucakap kedutaan Amerika Syarikat telah mengumumkan kepada Malaysia bahawa negara kita tidak terlibat dengan sekatan yang dilakukan oleh Amerika Syarikat.Rakyat Malaysia masih boleh menjejakkan kaki ke Amerika Syarikat dengan visa yang sah. Tidak seperti yang digembar gemburkan sebelum ini kononnya Malasyia diiktiraf sebagai negara pengganas oleh Amerika Syarikat.

presiden baru amerika syarikat donald trump

Amerika Syarikat mengalu-ngalukan kedatangan pelancong dari luar dan berusaha untuk memudahkan perjalanan rakyat negara lain pada masa sama ingin mengawal selia keselamatan dalam negara mereka. "Ini adalah atas faktor keselamatan, bukan diskriminasi agama" kata jurucakap itu lagi.Trump telah menandatangani satu perintah untuk menyekat pelarian masuk ke negara mereka. Amerika Syarikat juga telah menyekat pengeluaran visa dari negara Libya, Somalia, Yaman, Iraq dan Iran selama tiga bulan kerana dikhuatiri kedatangan pengganas ke dalam negara.

malaysia boleh masuk amerika menggunakan visa yang sah donald trump




Hakcipta iluminasi.com (2017)