Oleh pada 02 Apr 2017 kategori

Kita biasanya melihat peta di seluruh muka bumi hanya menggunakan apa yang dipanggil "globe" dan juga peta di dalam buku teks. Jika diteliti dengan betul, terdapat perbezaan keluasan sesebuah negara di atas globe berbanding dengan peta di atas kertas. Tahukah anda, sebenarnya keluasan sesebuah negara di dalam peta 2 dimensi adalah tidak tepat?

Ada di antara negara yang sebenarnya mempunyai keluasan yang besar, tetapi kelihatan kecil apabila berada di atas peta, begitu juga dengan negara yang kecil tetapi kelihatan besar. Kerana sudah biasa dengan peta-peta yang kita lihat di buku teks ataupun di internet, kita kadang-kadang tersalah.

peta dunia 421

Sebab mengapa sesetengah negara kelihatan besar atau kecil daripada negara lain adalah disebabkan sesuatu yang dipanggil "mercator projection". Untuk menghasilkan planet 3 dimensi dengan menggunakan peta 2 dimensi adalah sesuatu yang mencabar bagi pembuat peta pada masa dahulu. Jadi seorang ahli geografi dan seorang pembuat peta bernama Gerardus Mercator dapat satu cara penyelesaian.

Pada tahun 1569, beliau telah melukis sebuah peta yang tepat untuk tujuan pandu arah, namun ia mempunyai satu kelemahan, iaitu ciptaannya itu menjadikan sesetengah negara kelihatan lebih kecil atau besar, bergantung kepada kedudukan negara-negara tersebut dengan garisan khatulistiwa. Disebabkan ini, daratan seperti Antartica dan Greenland kelihatan lebih besar daripada saiz sebenar mereka.

Bagaimana peta 3 dimensi di atas globe ditafsirkan ke atas kertas menjadi 2 dimensi

uvmapping 579211706e093 880 468

Untuk menunjukkan betapa salahnya pemahaman kita terhadap keluasan sesebuah negara, satu laman web bernama thetruesize.com membolehkan anda mengubah daratan ke lokasi berlainan. Iluminasi.com ingin membongkar saiz sebenar beberapa buah negara di dunia.

1. Russia kelihatan tidak begitu besar jika diletakkan di atas Malaysia dan berdekatan garisan khatulistiwa.

malaysia russia 206

2. Malaysia diletakkan di 4 bahagian berlainan di dunia. Saiz sebenar adalah yang berada di atas garisan khatulistiwa. Semakin jauh dengan garisan khatulistiwa, semakin besar keluasan kelihatan.

malaysia2

3. Amerika syarikat diletakkan di atas peta Russia. Kelihatan Amerika Syarikat hampir sama besar dengan Russia, walaupun dalam peta 2 dimensi Amerika Kelihatan sangat kecil.

usa 29

4. India kelihatan begitu besar apabila diletakkan di atas Russia

india

5. Greenland sebenarnya tidaklah sebesar yang kita sangkakan sebelum ini. Disebabkan kedudukannya yang jauh dari garisan khatulistiwa menyebabkan ia kelihatan sangat besar.

greendland

6. Keluasan Australia kelihatan sama jika diletakkan di atas peta Kanada, walhal di dalam peta 2 dimensi Australia kelihatan seperti suku daripada saiz Kanada.

australia 2

7. Saiz Malaysia sangatlah besar jika diletakkan di lautan Artik.

malaysia

8. Perbandingan China dan Rusia. Walaupun negara mereka hanya bersebelahan antara satu sama lain, namun terdapat banyak perbezaan. Apabila diletakkan di atas peta masing-masing, barulah kita nampak perbandingan sebenar.

china

9. Antartika yang sebelum ini kita sangkakan sangat besar sebenarnya tidaklah sebesar mana apabila diletakkan berdekatan dengan garisan khatulistiwa.

antartika 815

10. Indonesia jika diletakkan di atas negara terbesar dunia, Rusia.

indonesia 552


tags : , , , , ,











Hakcipta iluminasi.com (2017)