Dengan media sosial, sesuatu berita baru sangat mudah tersebar tidak kira berita benar ataupun palsu.

Jika digunakan dengan betul, ianya sangat membantu dan memudahkan kita membuat sesuatu kebaikan. Hasil daripada kuasa sosial media, seekor badak sumbu yang diancam kepupusan telah mendapat perhatian yang sewajarnya daripada doktor pakar luar negara.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Mungkin tidak ramai antara kita sedia maklum bahawa badak Sumatera adalah binatang yang diancam kepupusan. Di seluruh dunia, secara anggaran hanya tinggal 100 ekor yang masih hidup dan 3 daripadanya hidup di hutan Malaysia. 

Segala-galanya berjumpa apabila seorang journalis daripada Afrika Selatan, Adam Welts telah terbaca sebuah artikel mengenai dua ekor badak Sumatera betina yang hidup di Malaysia dan menghadapi masalah penyakit ketumbuhan di muka.

adam weltz

Adam telah menghubungi CEO pertubuhan Saving the Survivors (STS), Johan Marais. Johan telah menghubungi pihak Borneo Rhino Alliance, iaitu pertubuhan yang bertanggungjawab menjaga Puntung, iaitu seekor badak Sumatera betina. Pihak Borneo Rhino Alliance mengatakan mereka tidak mempunyai kepakaran untuk merawat penyakit ketumbuhan di muka Puntung.

Seterusnya, pihak STS telah mengambil inisiatif menghubungi beberapa doktor pakar antaranya daripada Singapura dan Thailand untuk melakukan pembedahan ke atas Puntung.

pembedahan badak sumatera

Segalanya berlaku hanya dalam tempoh 10 hari. Setelah 2 jam pembedahan dilakukan, Puntung kembali sihat. Lihat bagaimana satu tweet daripada seseorang telah berjaya menarik perhatian pihak yang bertanggungjawab untuk mengambil langkah yang sepatutnya untuk menyelamatkan Puntung.

gigi badak sumatera

Semoga kisah ini menjadi inspirasi kepada kita untuk menggunakan media sosial dengan sebaiknya untuk membuat kebaikan.

Kredit: National Geographic dan gambar oleh Saving the Survivors




Hakcipta iluminasi.com (2017)