Oleh pada 23 Mar 2017 kategori

Cuaca Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun memudahkan kita untuk melakukan aktiviti harian. Berlainan pula dengan sebuah bandar kecil Rjukan yang terletak di selatan negara Norway di mana pada setiap tahun, lebih 6 bulan lamanya penduduk di bandar ini tidak mendapat sinaran matahari.

Kedudukan bandar Rjukan yang terletak di antara dua buah gunung besar menyebabkan ianya terlindung daripada sinaran matahari. Bandar ini mempunyai kira-kira 3000 orang penduduk dan dibuka antara tahu 1905 dan 1916 selepas seorang usahawan membeli kawasan air terjun disini untuk membina pusat jana kuasa hidroelektrik.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Pada awalnya, terdapat kereta kabel tergantung yang dibina bagi membolehkan penduduk pergi ke kawasan yang lebih tinggi bagi membolehkan mereka menikmati bahang kepanasan matahari. Walaubagaimanapun, ianya menelan kos yang tinggi.

Pembinaan Cermin Gergasi

rjukan

Idea pembinaan cermin gergasi ini pada awalnya telah dicadangkan oleh Oscar Kittilsen dan sam Eyde. Setelah mendapat geran daripada persatuan penduduk tempatan, seorang penduduk bernama Martin Andersen telah merealisasikan idea ini.

Beliau telah merancang pembinaan cermin gergasi ini dengan memasang 3 buah cermin gergasi yang berukuran 17 meter persegi yang memantulkan cahaya matahari ini ke arah tengah pusat bandar Rjukan.

Kisah ini merupakan contoh bagaimana aplikasi kejuruteraan pembinaan dapat menambah baik kualiti hidup manusia. Diharapkan kisah ini boleh memberi inspirasi kepada seseorang jurutera untuk berusaha menyumbangkan sesuatu kepada masyarakat.

engineering

pantulan cahaya




Hakcipta iluminasi.com (2017)