Oleh pada 25 May 2017 kategori

Pernahkah anda mengalami satu keadaan di mana teman lelaki anda mahupun ahli keluarga anda seperti ayah dan abang anda secara tiba-tiba cepat marah walaupun terhadap perkara-perkara yang kecil? contohnya ayah anda akan marah dan naik angin apabila dia tidak menjumpai kasut yang hendak dipakai ketika pergi kerja. Janganlah anda berasa pelik, tetapi seorang lelaki juga ada tempoh "datang bulan" sepert seorang wanita.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Ya, sudah tentu lelaki tidak akan mengeluarkan darah ataupun mengalami sakit senggugut ketika period. Namun, keadaan ini dipanggil irritable male syndrome (IMS) yang disebabkan oleh hormon yang tidak stabil. 

Menurut satu kajian yang dilakukan oleh The telegraph di United Kingdom, lebih daripada separuh daripada penduduk lelaki mengalami keadaan ini. Begitu juga dengan maklum balas daripada pihak wanita, lebih daripada separuh wanita memaklumkan bahawa pasangan mereka akan bertindak seperti cepat marah ataupun cepat sedih dalam masa-masa tertentu.

 478

Ketika berada dalam tempoh ini, lelaki akan kerap berasa lapar dan dia akan lebih cenderung untuk merisaukan tentang berat badan mereka. Sesetengah orang akan cepat berasa marah, ada yang cepat berasa lapar dan ada sesetengah mereka yang inginkan kasih sayang dariapda orang tercinta.

"Period" bagi lelaki ini mungkin kedengaran agak melucukan, namun, ia merupakan satu fenomena yang benar dan telah dikenalpasti oleh pakar-pakar perubatan di seluruh dunia.

Professor Peter Schlegel, seorang pakar perubatan di New York-Presbyterian dan Weill Cornell Medicine memberitahu bahawa kitaran hormon bagi wanita dapat dijangka setiap bulan. Namun, berbeza dengan lelaki, kestabilan hormon mereka tidak dapat dijangka dan boleh meningkat dan menurun pada bila-bila masa sahaja.

 879

Oleh itu, sekiranya anda perasan perubahan terhadap emosi teman anda yang cepat marah ataupun sedih, berikan mereka sedikit ruang kerana mereka mungkin sedang mengalami fenomena ini dan janganlah terlalu cepat menghukum mereka. Mereka sendiri juga mungkin tidak tahu tentang fenomena ini, berikan mereka sedikit ruang sehingga hormon mereka kembali stabil.

Sumber rujukan :

huffingtonpost

thedailybeast




Hakcipta iluminasi.com (2017)