Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera kepada semua,

Saya mewakili diri saya sendiri dan apa yang saya akan tuliskan ini adalah pandangan saya sendiri yang pelik dengan penarikan balik syarat tayangan yang dikenakan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF) kepada filem Beauty and The Beast (BnTB)

iluminasi bntb lpf banned

Saya adalah salah seorang penyokong syarat yang dikenakan. Hujah saya mudah sahaja, saya amat menyokong tindakan tersebut kerana elemen LGBT bukan sesuatu yang norma.

Apabila satu dunia mula berbicara berkenaan tindakan LPF tersebut, sebagai seorang Muslim saya sebenarnya kita menongkah arus dan membaca keputusan tersebut diumumkan kerana ini menunjukkan walaupun kita sebuah negara yang kecil, keberanian kita sebenarnya besar.

Menentang sebuah gergasi dalam industri hiburan yang selama ini mempunyai imej bersih dalam produknya, menentang pendokong agenda LGBT dan tak mempedulikan sentimen sesetengah pihak dalam negara, itu semua tindakan yang patut dipuji.

Kemudian semuanya berubah tiba-tiba. Apa yang jadi?

iluminasi bntb lpf banned powerrangers gay lgbt

Perkara-perkara beginilah yang membuatkan ramai rakyat yang tidak dapat mempercayai ketulusan kerajaan pemerintah.

Setelah dihimpit, diasak dan dikritik, akhirnya yang batil juga diangkat. Membaca penerangan pihak LPF berkenaan penarikan syarat potongan BnTB itu juga tidak langsung membantu menjelaskan apa sebenarnya yang membolehkan BnTB ditayangkan di pawagam tanpa sebarang potongan.

Bukankah puncanya adalah adegan gay itu sendiri?

Saya bukanlah pakar dalam bidang potongan filem tetapi sifat berdolak dalih dan tidak tetap pendirian yang kemudiannya cuba dijustifikasi sebagai "cuba untuk berlaku adil terhadap semua" merupakan satu percubaan yang sangat lemah hujahnya.

Membaca berita yang tayangan akan dilakukan dalam kategori kelulusan PG13 yang sama tanpa sebarang potongan merupakan tamparan kepada kami penyokong tindakan awal LPF. Jika diluluskan untuk tontonan tanpa potongan tetapi dinaikkan had umurnya ke 18 tahun ke atas rasanya lebih munasabah.

Dengan bahang pilihanraya yang semakin terasa, wujudnya kontroversi seperti ini sedikit sebanyak akan membentuk persepsi orang ramai terhadap kerajaan khasnya Kementerian Dalam Negeri.

iluminasi powerangers lpf banned

Di mana konsistensi kerajaan kita? Jika BnTB boleh, selepas ini apa pula yang boleh dan apa pula yang tidak boleh? Saya percaya LPF mengecewakan jutaan rakyat di Malaysia dengan tindakan terbaru pihak anda yang tidak konsisten serta senang berubah-ubah.

Kini pengeluar filem sudah tahu; tidak salah memasukkan elemen LGBT secara terbuka dalam filem untuk tontonan masyarakat kita kerana BnTB boleh lulus. Bukankah itu perkara yang patut hendak kita kawal apabila kita diberi kuasa membuat dasar?

Saya ucapkan selamat berjaya kepada pihak LPF di masa akan datang dan saya doakan agar pihak LPF tegas dalam menangani gejala LGBT ini.


tags : , , , , , , , , , , , , , , ,









/ / /
Hakcipta iluminasi.com (2017)