Oleh pada 02 Apr 2017 kategori

Ramai yang suka makan burger, jika anda sukakan burger berapa biji burger yang anda mampu habiskan dalam satu waktu. Sebiji burger pun rasanya sudah cukup  untuk membuatkan perut kita terasa kenyang tetapi tidak bagi Ricardo 'Rix Terabite' Francisco yang mampu menghabiskan banyak biji burger dalam waktu yang sangat singkat. Wow, ini cukup mengagumkan!

Ricardo 'Rix Terabite' Francisco atau dikenali sebagai Francisco adalah seorang lelaki yang berusia 24 tahun berasal dari Filipina. Baru-baru ini nama Francisco tercatat dalam  Guinness Book of World Records  kerana menghabiskan 5 biji burger yang seberat 107gram setiap satunya dalam tempoh seminit sahaja. Rekod dunia ini telah tercipta di Zark’s burgers yang terletak di bandar Pasay, Manila, Filipina. Terdapat 10 orang peserta yang cuba merampas gelaran rekod makan burger terbanyak dalam masak seminit yang sebelum ini disandang oleh Peter Czerwinski. Peter sebelum ini telah menjuarai rekod dunia kerana berjaya menghabiskan 4 biji burger dalam masa 60 saat.

franciso mencipta rekod dunia

Francisco mengikuti semua peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur seperti hanya memakan burger dalam satu masa dan juga tidak menggunakan lebih dari satu perasa dalam satu burger ketika pertandingan berlangsung. Francisco mudah menewaskan lawan Kelvin Medina, sekaligus mencipta rekod dunia yang baru. Sebuah video yang disiarkan dialam Youtube oleh   Guinness Book of World Records merakam aksi Francisco yang merangkul kejayaan dunia ini.

Saksikan video di sini




Hakcipta iluminasi.com (2017)