Oleh pada 25 Apr 2017 kategori

Seorang seniman Perancis menghabiskan masa selama tiga minggu untuk mengeram 10 biji telur sehingga menetas secara 'live' di dalam sebuah muzium di Paris.

Abraham Poincheval duduk di atas telur-telur itu seharian di atas meja pengeraman istimewa sambil memakai selimut/jubah Korea dan hanya dibenarkan untuk meninggalkan telur selama 30 minit sahaja sehari untuk makan dan ke tandas.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Abraham mengalami kesukaran kerana perlu tidur di atas telur-telur itu. Selain itu, dia juga perlu bertahan kerana suhu dalam vitrin kaca itu perlu dikekalkan sekurang-kurangnya 37 darjah Celsius, iaitu suhu yang sesuai untuk pengeraman telur. Para pengunjung yang datang boleh melihat sendiri gelagat Abraham yang asyik duduk dan bangun untuk memeriksa telur-telurnya.

pengunjung muzium boleh melihat sendiri aktiviti abraham poincheval

Sebelum ini dia terkenal kerana bapanya menjadi viral kerana mencipta pil yang membuatkan angin kentut berbau bunga ros atau coklat. Nama Abraham sendiri juga sering disebut-sebut kerana pernah hidup dengan tinggal di dalam bangkai beruang dan di dalam botol kaca gergasi yang ditutup menggunakan gabus.

abraham pernah hidup dalam rangka beruang sebenar

Setelah hidup dalam vitrin kaca sejak 29 Mac yang lalu, Abraham akhirnya berjaya menetaskan anak ayam pertama di Muzium Seni Moden Palais de Tokyo selepas 3 minggu membuat proses pengeraman.

Walau bagaimanapun, 'seni' Abraham masih belum berakhir kerana dia masih perlu menunggu di dalam rumah kaca itu sehinggalah sembilan 'anak'nya yang lain menetas. Kemudian barulah dia boleh pulang ke rumah untuk berjumpa dua orang anaknya yang betul.

berjaya menetaskan telur pertama

Dia berjanji agar anak-anak ayam ini tidak akan sesekali berakhir menjadi sembelihan sebagai makanan. Ayam-ayam ini akan diberikan kehidupan yang bahagia di ladang bapanya di wilayah barat Perancis.

Rujukan:

1. Palais de Tokyo

2. Telegraph

3. Reuters




Hakcipta iluminasi.com (2017)